Friday, May 6, 2011

sayur lemak jambu golok dengan sotong

sayur lemak jambu golok dengan sotong
gambar: mamawandiha

Bahan-bahan:
8 ekor sotong
10 biji buah jambu golok/gajus yg masak
2 cawan santan pekat
Garam & serbuk perisa
1 biji Bawang besar - dihiris
3 biji Cili merah - dihiris
2 ekor ikan selayang/sardin/kembong - direbus & diambil isinya
Sedikit garam kasar

Cara
1. Sotong dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong kecil2. My hubby suka letak seekor2.
2. Buah gajus dipotong kecil & dicelur seketika. Kemudian toskan.
3. Selepas itu, perahkan air. Semasa memerah tu, letakkan sedikit garam kasar. Tujuannye utk menghilangkan rasa pahit & getah dlm buah tu, seterusnya supaya ada rasa masin pd isi buah gajus tu. Jika buah gajus itu terlalu masak ranum, cukup hanya mencampurkan sedikit garam kasar semasa memerahnya tnpa perlu direbus/dicelur.


4. Masukkan santan ke dlm periuk, bawang besar, cili merah & isi ikan tadi. Kacau. Santan perlu pekat kerana sotong akan mengeluarkan air.
5. Masukkan buah gajus tadi ke dlm periuk & masukkan garam. Kacau lagi.
6. Akhir sekali, masukkan sotong. Masakkan sehingga mendidih sambil mengacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


No comments:

Post a Comment