Tuesday, December 27, 2011

wedding event










Jangan kau ragu terhadapku
Takkan kubiar kau tertunggu
Bersabarlah kau menantiku
Jangan terlalu kau memburu
Takkan lari yang dikau cari
Akan pasti saat yang dinanti
( korus )
Pastikan datang detik waktu
Saat ditunggu saat denganmu
Pastikan datang jua waktu
Dalam hatiku kau dekat selalu 
Setiap kata dari hati
Takkan sekali kumungkiri
Ku berjanji untuk mu di sini
Setiap detik yang berlalu
Tak sabar untuk ku bertemu
Dan menghitung saat dengan mu
Sehingga ditemukan kita
Sehingga disatukan rasa
Percayalah di antara kau dan aku
Kita sama berteman rindu

Apam Dot Dot @ Apam Polkadot

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah...akhirnye jumpe jgk acuan lompang...sye beli kat pasar minggu semalam...4 seringgit..n berjaye jgk buat apam dot2 ni dgn peratus kejayaan 90%...huhuhu....why 90% je, t kte cite k..skrg jom kte tgk resepi yg digunakan...
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk <-- sye amik dari luar peti sejuk je..he3..
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - 
  • 150gm susu cair [boleh juge guna susu segar/ susu full cream/ santan]
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (sye gune kaya je)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.  note! [letak esen vanila utk mengurangkan bau telur.]
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.  note! [Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar!]
why 90%...inilah die....xde nye dot2 @ polkadot....wawawawa...... 

my style





Wednesday, December 21, 2011

dewasa ini

assalamualaikum semua....

di sini aku bukan ingin membuka aib sendiri...sekadar mahu berkongsi agar ada yg sudi membantu aku...
tanpa aku sedari aku kini telah meningkat dewasa...harus bergantung kpd diri sendiri untuk mengisi perut..memikul tanggungjawab..tidak mungkin aku bergantung terlalu lama kpd mok ayoh ku sbgai seorang penganggur...

aku sendiri sakit untuk tggl di rumah...aku sedar aku harus menyara hidup aku sendiri...

perangai aku yg belum cukup matang...belum cukup dewasa...bukan mudah telinga dan hati aku mau menerima nasihat org lain...aku benci sikap aku yg sebegini...aku ingin sekali berubah...namun...hati, akal, diri aku seperti tidak pernah bekerjasama untuk berubah....

ya allah...hanya engkaulah yg maha berkuasa memberi petunjuk hidayah pd hamba mu ini....

Saturday, December 17, 2011

lesen license 2

assalamualaikum semua.....

alhamdulillah sye lulus ujian berkomputer....alhamdulillah 2 je salah jawab..but still xboleh lawan kawan sye ni yg lebih kurang baru jgk la amik ujian berkomputer ni tapi kat kelantan la...hebak die boleh markah penuh....=)
tpi kan balik je dari ujian berkomputer tu berape perhentian dah singgah coz ujan....maklum la musim tengkujuh kan...alhamdulillah sampai rumah dgn selamatnye...

kemudian sesi teori lak....beresss....then tggu 2 minggu tuk siapkan lesen L.....

seari sebelum nak g blaja moto dgn kete tu bukan main takut....aish..tapi bile dah lalui tu bukan la ade ape nak ditakutkan pn...

mase latihan atas titi tu yg last kali aka kali ke-4 kot boleh pulak moto jatuh dari titi....aish....sakit2 jgk la blaja moto ni....
kete pulak gerak guna gear 1 je dulu...second day latihan ari sabtu sye blaja parking...same kali terakhir aka kali ke-3 kot sye boleh pulak langgar tiang...aduhhh...

sekian dulu....to be continue...=)

Wednesday, December 14, 2011

subhanallah...

gambar ni dah di edit ckit..lau nak tgk yg ori jom la jalan2 kat blog ni --> SaLSabieyLa

Tanggal 4 Jun 2010, menjadi detik terindah bagi pemenang musim pertama Gadis Melayu, Khairul Normaadiah Zali atau Aida, 25 dan suaminya seorang penyampai berita TV3 Saiful Nizam Ismail, 28.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan oleh ayah Aida, Zali Ismail di rumahnya di Bandar Country Homes. Dengan sekali lafaz sahaja mereka berdua telah sah bergelar suami isteri. 





idea baju..hmm..





Puisi Zahiril Adzim Buat Shera Menangis...di persandingan mereka!

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Saturday, November 19, 2011

lesen license

assalamualaikum semua...
akhirnye setelah ber tahun2 hanye d bibir n d hati sahaja..hari ini berjaye jugak aku masuk kelas kpp..kpp ni singkatan bagi kurikulum pendidikan pemandu...semoga tindakan ini akan berterusan sehingga lah aku bergelar pemandu yg sah nanti..moga2 hasrat ini berjalan lancar, d permudahkan dan d percepatkan agar..boleh la aku pergi menjual anggur2 yg sudah berkurun ini..hehehe...

seawal 7.30 pagi aku bertolak dari rumah menuju ke psm cawangan kemaman..sampai dalam 8lbh then tggu akak2 yg menguruskan pendaftaran ni...nak masuk kelas kpp ni kena bayar $261 dahulu...maka pukul 8.45 pagi   masuk la aku dalam kelas 1..katenye kelas start kul 9 tpi tggu punye tggu kul 9.20 baru start mybe tggu student lain la kan...

agaknye jodoh aku nak berkenalan dgn adik comel rotiboy ni...aku kenal muke je sbb aku pernah keje kat medan selera mm kan..adik ni slalu la dtg beli kat situ...tapi aku ni kan malas nak tegur dulu..adik ni duk sebelah aku...keciknye dunia...akhirnye die yg tegur aku dulu..huhuhu..

insyaallah ari selasa ni aku akan menghadapi ujian berkomputer..doa2kan ye...

kte sambung d lain entri...trm kasih sudi bace...=)


Thursday, November 17, 2011

spaghetti

akhirnye hari ni tercapai jugak hajat d hati nak buat spaghetti dgn air tangan sendiri...
orang kate sambil menyelam minum air...alang2 temankan adik pergi bandar beli barang...sye pn beli jugak la barang2 nak buat spaghetti...

barang2 nye adelah..

Farm's Gold Chicken Frankfurter 300gm --> 1.99

Ramly Daging Lembu Kisar 400gm --> 6.40

dulu diorang pek mcm kat bawah ni tpi sekarang dah tukar mcm kat atas tu..



Prego Traditional Pasta Sauce 397gm --> 6.90


San Remo No.5 Spaghetti 500gm --> 4.90

total barang2 $20.19

barang2 d dapur...
3 ulas bawang putih 
2 biji bawang merah 
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam n gula secukup rasa

cara-caranye:
  1. spaghetti tadi direbus dgn garam dan sedikit minyak hingga lembut kemudian toskan.
  2. panaskan minyak..tumiskan bwg putih n bwg merah yg telah dipotong..d sni dpotong dadu
  3. masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. masak hingga empuk
  4. masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato
  5. masukkan sosej yg telah dpotong...d sini dpotong bulat . kemudian masukkan garam n gula secukup rasa...
  6. tuangkan sos ke atas spaghetti yg diletak d dlm pinggan.....

tadaaaaaaaaa...........inilah hasilnye..

Tuesday, November 15, 2011

Boy n Suri

Boy n Suri ni arnab kepunyaan oppa. boy n suri ni kaler putih, tanye arnab ni harge dia 6 ringgit. oppa beli sebab lame da dia nak bela arnab ni. aku pun suke jugak arnab ni tapi da besar ni lupe lak cita2 nak bela arnab ni, lagi pun da lame xnampak arnab.


tapi yg sedihnye suri dah tinggal sorang2 sebab boy dah xde sebab digigit kucing sampai berdarah...
oppa ckp nak wat umah tuk suri...t kte tgk cmne upe umah tu k...

BAKA:MIX TEMPATAN(JANTAN) FLEMISH GIANT BETINA)D.

Monday, November 14, 2011

hijrah Hamba Allah

Hijrah Diana Amir
image

Cerita Diana Amir bagaimana dia boleh mula bertudung:
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”




cerita Diana Amir

Hijrah Irma Hasmie

gambar irma hasmie bertudung

gambar irma hasmie bertudung

Cerita Irma Hasmie:
"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung,  sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima. 
"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga."Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma. 
Berdoa di Mekah 
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. 
"Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini."Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. 
"Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik," jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.



Hijrah Siti Nordiana



al-kisahnye:
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.  
 "Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.
Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.
Sumber 


gambar Siti Nordiana memakai tudung

smoga aku juga akan diberikan hidayah petunjuk supaya berubah ke arah menjadi hamba allah yg solehah...korang doa2 kan ye...

Thursday, August 25, 2011

raye yg bakal menjelang

Photobucket
Hari raya kali ni best kerana first, sebab ade org baru...org baru tu kakak ipar aku...huhu..baru je 3 bulan-- disatukan dgn ikatan yg sah....ade seorg lagi org baru, tpi masih berada di dalam perut mama nye..pun, baru berusia 3 bulan++..hehe..

second...sbb raya kali ni first time aku buat biskut raye dgn air tangan sendiri...xdela mcm raye yg lepas2 tolong tgk n tolong yg simple2 je..tlg celup coklat, terap biskut..

third..sbb skrg aku adalah penanam anggur yg terhormat ye..huhu..so xyah risau keje2 skolah...bile nak beli tiket nak balik U...

latest...sbb raye kali ni ade sofa baru..huhuhu..sofa ni hasil perkongsian duit antara 3 beradik dan semestinye x termasuk sye sbb sye kan bos tanaman anggur..hehehe..

semestinye raye kali ni best kerana dpt join contest ni dah la di invite pulak tu....dpt berkongsi kegembiraan raye kali ni bersame-same pembace sekalian...

thanks to TEROMPAHCARING coz invited kite ye...=)

.:adazatul10:.
:.pitochisato.:

Sunday, August 14, 2011

islam is cool

n islam is the only way of life... 

Sunday, August 7, 2011

Sunday, July 24, 2011

swatch::

Assalamualaikum.....ari ni sye beli jam...sbb xde jam kan....jam yg dulu dah lame hilang...

tadaaaa.....ni la jam yg tersebut d atas....hahaha....xkelakar pn...
harap2....jam ni kekal la lam simpanan sye.....hargenye rm15 ringgit....


tu jela...sampai cuba lagi....


Thursday, July 21, 2011

33+33+33+1=100

Rasul saw bersabda diriwayatkan dalam shahih Bukhari : "Barang siapa yang membaca subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33 di akhiri dengan Lailahaillallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumittu wahuwa 'alla kulli syaiin qadir setiap habis shalat, jatuh dosa-dosa nya walau sebanyak buih di lauta".


:.sumber.:

Thursday, June 23, 2011

potong kuku dan cincin di cari mana..

kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yg terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dgn sabun. oleh itu, sentiasa lah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: Nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dripada Allah swt

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

nasihat nabi muhammad saw kpd saidina ali kwj, sesudah bernikah dgn siti fatimah iaitu anakanda kesayangan, nabi muhammad saw berpesan kpd saidina ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking..

nabi muhammad saw melarang memakai cincin pd jari telunjuk dan jari tengah kerana perbuatan itu meniru cara berhias kaum yg dlaknat oleh Allah swt iaitu kaum yg derhaka di zaman nabi lut a.s.





cara memakai cincin adalah sama termasuk lelaki ataupun perempuan. jikalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw InsyaAllah dapatlah kita pahala...

maksud simbolik mengapa cincin dipakai dijari manis

hala tuju aku...

ok...lepas abih exam last sem ni aku nak wat ape...
aku memilih 3p...program pentaulihan profesional
padahal mase taklimat 3p dulu beriya2 aku giler2 xnak coz mase berjalan nye program 3p tu bro aku kawin...
at last sehari sebelum tarikh ttp permohonan...aku mohon jgk..coz didorong sume kwn2 aku mohon....

aku diterima untuk menyertai 3p tu...hhmmm...aku terima jgk akhirnye coz sabtu ahad cuti..so boleh la aku g wedding bro aku tu....

lepas tu ade pulak tawaran dri huawei untuk menyertai training nye jgk..sbb sblm ni..ade ketua program kitorg htr emel sal taklimat training huawei ni n aku ade htr resume...huawei ckp kalau aku terima training diorg ni aku dpt seribu...

tapi aku x pilih huawei sbb aku takut xboleh bawak...sbb taye champion pn die ckp cam susah...

akhirnye berakhir la 3p tu n exam nye aku lulus....lepas tu tggu result exam...alhamdulillah aku dah complete ijazah aku....tpi result sem last ni la yg paling rendah....

lepas ni aku nak wat ape....ade la dpt interview dari job yg aku apply kat jobstreet tpi aku xpergi....
aku nak amik lesen xde duit....
aku ingatkan yg training hp ni aku xdpt dah...last2 bru smlm tau n kitorg dpt....
sebelum ni ingat nak g jual je kat gerai pok mer....tpi xdpt den nak nulunnye...dah xde mood dah....tpi boleh je nak g sblm aku g shah alam..tpi pok mer wat senyum je...aku pn senyum jela....

aku ingat nak bersara dah dari dunia kos aku ni...tpi ape nak buat aku teruskan jela...moga2 kat situ lah rezeki aku....

sekian dulu...t aku sambung g untuk entri hala tuju aku yg seterusnye.....

puding roti karamel

bahan-bahan:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur - dipukul manja dan di tapis
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

cara-cara:

dengan menggunakan loyang atau guna kuali (tapi kena tuang dalam loyang after that), sediakan gula hangus (cairkan 3 sudu gula agak2 perang dengan api perlahan tambah 3 sudu air biar sampai cair, semasa tambah air hati2, xtambah air pun xpe ) . kemudian ketepikan.
panaskan pengukus, carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam, susu, telur dan esen vanilla.
kemudian masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.

:.sumber.:

ni la rupe puding roti karamel yg aku buat..huhuhu..dah xcantik sbb dah di potong2...
mase wat ni ade step yg aku xwat..iaitu step pukul telur dgn manja2 n x dtapis pn..aku main pecah kan je telur tu lam blender..gaduh sgt ekpon....

aku kukus puding lam 30++minit....

Tuesday, June 21, 2011

kek gula hangus

resepi asal yg diikuti adalah seperti berikut: [myresepi]

bahan-bahan (6 orang)

  1. 1 cawan gula
  2. 1 cawan air panas
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 cawan susu pekat 
  5. 2 camt soda bikarbonat
  6. 4 biji telur
  7. 2 camb mentega
cara-cara
  1. masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. masukkan mentega. sejukkan. ketepikan dulu.
  4. pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. masukkan pula tepung + soda. sebatikan
  7. akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.

kenape aku buat kek ni.....first sbb aku suke kek ni..aku pggl kek ni kek span...adik aku pernah wat kek ni 2 kali kot...tpi aku x tgak pn mase dia wat tu..entah la xde hati nak tgk...wawawa...dan lagi sebab iza bawak ni haritu mase kitorg kat kenanga....huhuhu...

ok ni gamba2 percubaan kali pertama aku buat kek gula hangus ni....

ni gamba setelah gula yang disangka hangus dimasukkan air n marjerin...

ni setelah 4 biji telur dipukul sehingga kembang n pekat....

setelah dimasukkan air gula tadi.....

inilah hasilnye....xberapa menjadi...rase nye ade...bau nye pn ade...cume rupenye x menjadi....
aku x perap pn adunan dia, sbb adik aku ckp xyah perap...so aku xperap la...huhuhu...

ok...skrg mase tuk percubaan kali ke-2...nge3~

1 cawan gula, 1 cawan air panas...

4 biji telur..

1 cawan susu pekat...

air gula...kali ni gula ni berbuih mase aku tggu dia nak hangus...pastu ade bau...hmmm..xtau la hangus yg sebenarnye cm mane...pastu mase letak air panas dia x berketul mcm first time aku wat...

ni sebelum dbkr....

hasilnye masih x menjadi....mak aku ckp tepung lame....kite tggu je la percubaan kali ke-3 nanti...huhuhu...

tips2
  1. hati2 semasa memasukkan air semasa memasak gula, gula akan meletup2...
  2. adunan kek gula hangus dperap untuk mendapatkan sarang pada kek..


to be continue~







Monday, June 6, 2011

bento

ok...entry ni request daripada cik ada, sebelum ni aku ade la post "bento ♥ ♥ ♥ " kat fb, cik ada ni tanye la ape die bento ni.....

bento atau "Box Lunch" yg berasal dari Jepun merupakan makanan yg disusun dan dihias comel dlm kotak makanan atatu bekal yg biasenye terdiri dripd nasi, ikan, sayur dan buah-buahan...

first aku nampak bento ni kat suria klcc...mase tu kitorg nak luch aku makan nasi ayam bbq je...mase tu tertanye2 la halal ke x bende tu...huhuhu...mmg nmpk best....bile la leh rase bento ni...




P1220257

P1220249
Unagi Kabayaki RM 9.80
Grilled eel with sauce served with rice, salad and macaroni.

P1220250
Salmon Fried RM 7.80
Deep fried salmon served with rice, salad and macaroni.

P1220252
Tori Katsu Set RM 13.00
Deep fried chicken teriyaki served with salmon, fried vegetable, rice, salad, pickled and fruits.