Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

ikan masak taucu by Nannie

resepi copy paste from here

BAHAN-BAHAN:
1  kilo ikan
2  peket taucu
1  biji bawang merah
1  ulas bawang putih
1  biji bawang merah
4  biji cili merah
3  cm halia
1  sudu teh asam jawa segera
1  cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
  1. *Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
  2. Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.
  3. Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.
  4. Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

asam rebus ikan kembung by wana

resepi copy paste from here

Bahan-bahannya.
6 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
3 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji cili padi merah ( boleh ganti dengan cili merah jika tak suka pedas)
daun ketumbar
3 keping asam keping atau 3 sudu besar jus limau
garam, gula dan sedikit perasa.
1 batang serai ( option)
Cara penyediaan
1. Kisar buah tomato bersama bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Satukan ikan, asam gelugur, serai, sedikit air dan bahan kisar dalan sebuah periuk. Masak di atas api.
3. Sesuaikan rasa garam, gula dan perasa dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

Asam pedas ikan tenggiri by Nannie

resepi copy paste from here

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri segar ( 1 kg )
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
2-3 helai daun limau purut dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi .
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
  2. Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat fillet ikan tenggiri boleh pecah.
  4. Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan parang terus masak di dalam wap panas kuah.

resepi asam pedas melaka by Diana Sulaiman


resepi copy paste from here
Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak

Caranya :
  1. Panaskan minyak....
  2. masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
  3. Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)
  4. Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
  5. masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
  6. banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
  7. last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....

petua ala2 Diana

1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung...

2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...

3. lagi pekat, lagi sedap...

4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...

5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe

Tuesday, September 18, 2012

talapia ke tilapia?

assalamualaikum semua....

smlm balik dari keje ade xcident...aku nmpk 2 buah kereta je yg teruk...tapi sebenarnya 4 buah kete k.ina ckppp...kancil, satria, wira n wira...

tapi entri ni nak cite pasal kitorg mkn menu baru kat rumah sewa smlm...nak tau apa dia... IKAN TALAPIA MASAK STIM by Miss P..huhu..


balik2 je dari dating OPPSSS....terus miss P masak...sebab miss p yg bawak ikan tu dari kampung...

nak tengok rupa dia??meh2...



nak resepi nye??he3...xtau la xtgk pulak miss p masak...he3 p lau agak2 boleh la..

mula2 tumis halia, bawang merah, kacang soya masam aka taucu, cili dgn minyak bijan....sementara tu ikan talapia distimkan...taruk garam n siram yg ditumis tadi ke ikan...tggu sampai masak...

best2...lembut je isi ikan...

sekian...jumpa lagi...wasalam

Tuesday, January 3, 2012

ikan selar kukus + air asam

assalamualaikum semua.....

tgahari ni sye kena masak..sbb mok sye xde kat umah....so bile terpikir nak masak ape teringat la satu masakan ni yg sye slalu jgk la mkn mase duk kolej dulu iaitu sye xtau name masakan so google la...then kuar ikan kukus dan air asam...jom tgk resepi nye...
bahan-bahan:
  • ikan yang telah dibersihkan [sye gune ikan selar,  kembung jge boleh sih] 
  •  air [ikut berapa banyak kita nak kuah dia]
  • garam, gula
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 biji cili [bergantung pada kepedasan cili] - hiris halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • asam limau
  • belacan [kalau suka, tiada alergik] 
Cara-caranya :
  1. kukus @ rebus ikan dgn air sehingga masak
  2. masukkan air asam, garam, gula
  3. satukan kesmua bahan  hirisan ke atas ikan..perahkan asam limau
  4. biar seketika then boleh tutup api..siap..sedia tuk dimakan begitu saja @ nasi putih.. 

tadaaa... 

                                                 



Sunday, May 22, 2011

jenis2 ikan(2)

ikan keli
ikan keli ade kwn aku pggl ikan hensem..hmmm..hensem ke ikan ni??hahaha...
aku start makan ikan ni since aku kat uitm..

ikan patin
ikan ni pn aku start makan since aku kat uitm..



ikan jebong
ikan ni isi die rase mcm isi ayam...

ikan cermin
ikan ni biasenye mak wat lauk tumis putih....

ikan merah

Friday, May 6, 2011

jenis2 ikan(1)

assalamualaikum semua..... =)
ok...hari ni jom kita mengenal ikan ye...

lebih kurang je 2 jenis ikan ni kan...cume beza nye yg 1 ni ade lapisan warne hitam kat tengah2 or kat sisi


ok, yg ni ikan aye @ ikan aya @ ikan tongkol @ ikan kayu
blah utara banyak pggl ikan kayu
dan kalau yg blah pantai timur pggl ikan aye...

ni rupe ikan aye yg belum dibuat pape...
---------------------------------------------------------------------------------------------

yg ni ikan tenggiri.....

ikan tenggiri ade 2 jenis iaitu ikan tenggiri papan & ikan tenggiri batang...


---------------------------------------------------------------------------------------------
ok next jom kite kenal ikan selar kuning lak....

Ikan Selar Kuning
ikan selar kuning



ni lak ikan selayang...
---------------------------------------------------------------------------------------------

ikan kembung..

---------------------------------------------------------------------------------------------

ikan cencaru..

inilah ikan-ikan yg biase mak masak kat rumah....ikan tenggiri sgt jarang...ikan cencaru sgt2 best kalau makan mase masih panas nak2 yg kat tepi yg garing tu...huhuhu, ikan lain pn same best makan mase panas2...hahaha..

ikan aye best....mak buat nasi dagang...nasi lemak...goreng...singgang...

lau time nak wat kuah laksa, bubur lambuk...mmg susah lau xde ikan kembung...kalau nak wat dgn ikan aye...ayah xboleh makan...nanti gatal2 badannye mai la...mulalah ayah xleh tdo..

cuba teka binatang ape yg selalu sakit perut??