Tuesday, May 31, 2011

pasta-makaroni


Macaroni: Pasta bentuk pipa melengkung dengan lubang ditengahnya. Pas untuk hidangan panggang, seperti macaroni schootel dan isi soup.


MAKARONI GORENG 

Bahan 
250 gm makaroni 
200 gm daging cincang 
1 labu bawang besar [potong dadu] 
2 ulas bawang putih [cincang halus] 
1/2 tin cendawan butang 
1 batang carrot [potong dadu] 
2 biji buah tomato [potong dadu] 
3 biji cili merah 
3 s/b cili kering yg di kisar 
1/2 tin kecil tomato puree 
garam secukup rasa 
daun sup & daun bawang [cincang halus] 

Cara: 
1. Celurkan makaroni dalam air mendidih hingga lembut. Toskan dan bubuh minyak supaya tidak melekat. 
2. Tumiskan bawang kuning dan bawang putih hingga naik bau. 
3. Masukkan cili dan biar hingga naik minyak, kemudian baru masukkan daging... 
4. Biarkan daging hingga naik minyak, masukkan air skit.. + garam 
5. Lepas tu masukkan carrot, makaroni, tomato, cendawan, cili dan sos tomato. Masak hingga kering... 
6. Jeng, jeng boleh di hidangkan... 
7. Lepas tu boleh taburkan daun sup. Kalau ada daun bawang bleh letak jugak...  


Makaroni Sup

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil
  • bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging


Bahan sampingan

  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng

Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi

  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau




Cara Penyediaan

  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Pasta Cheese

Bahan-bahan:
250 g pasta ( apa2 jenis ) ~ rebus hingga lembut dan toskan
200gm isi ayam ~ dihiris
2 labu bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 kotak (250ml) krim
1 cawan susu segar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam (kalau suka)
1 cawan keju mozarella (patutnya sedap letak keju Parmesan, tapi tak de)
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan hirisan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau seketika dan masukkan susu.
4. Masukkan pasta dan krim, gaul rata.
5. Masukkan pula oregano dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula.
6. Akhir sekali masukkan keju mozarella, gaul rata dan bolehlah di angkat.


oregano



Oregano adalah bumbu masakan Eropa, aromanya wangi dan khas. Sepintas daunnya mirip daun kemangi namun lebih kecil. Bumbu ini cocok untuk hidangan pasta, saus pasta, masakan seafood, toping pizza dan hidangan daging. Kuliner Eropa sangat akrab dengan bumbu yang satu ini. Topping pizza akan kehilangan ciri khasnya jika Anda tidak menambahkan oregano. Olahan saus pasta, steak, soup dan salad juga terasa lebih lezat dan istimewa jika ditambahkan oregano. Selain untuk bumbu, oregano juga bermanfaat untuk kesehatan, seperti mengatasi gangguan pencernaan, antiseptik dan meringankan migran. Dipasaran dijual dalam kondisi segar dan kering.

 Oregano merupakan tumbuhan yang berasal dari family daun mint. Aroma dan rasanya yang sangat khas. Masyarakat Italia sangat suka mencampur oregano dalam berbagai masakan.

Karena aromanya yang kuat, Anda bisa menjadikan oregano sebagai pengganti daun kemangi. Bukan hanya memperlezat masakan, oregano juga memiliki banyak manfaat bagi kesehatan. 

Wednesday, May 25, 2011

pau goreng boom (ikan)

pau goreng inti ikan ni antara kuih-muih yg cik ning sgt2 
so jom la kite blaja cmne nak membuat nye...


Bahan2 nye...

Tepung pulut
Tepung gandum
Isi ikan (guna ikan tuna dlm tin jer...jimat kos :). )
Bawang-mayang halus
Sedikit santan
Halia-potong halus
Satu sudu kecil halba
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 nak buat...
Untuk inti ikan

  1. Hancurkan isi ikan.
  2. Masukkan santan, bawang,halia, garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak atas api yg sederhana, bila dah kering sikit, kecilkan api.
  4. Halfway, boleh masukkan halba.
  5. Masak sampai inti ikan tu kering....sentiasa kacau supaya dia tak hangit.
rupa inti ikan yg dh ciap

Untuk pau pulak...


Campurkan tepung pulut dengan sedikit tepung gandum. Nisbah tak berapa sure yg sebetulnya berapa, lebih kurang 1 tepung gandum: 4 tepung pulut. Kalau guna 100% tepung pulut, bila goreng nanti, dia mudah meletup! Kalau terlebih sangat tepung gandum, nanti jadi keras pulak! :). So...pandai2 la...hehehhe..

Masukkan sedikit garam kedalam tepung, kemudian uli dengan memasukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung jadi lembut dan licin.

Bila tepung dah siap diuli, bentukkan bulat2, saiz sebesar bola golf, dan masukkan inti ikan ditengahnya.

Panaskan minyak dalam kuali, then, goreng la pau tadi atas api yang sederhana....macam goreng karipap la... :).

hati2....pau2 ni b'potensi untuk meletup

halba

halba

Rasulullah saw bersabda : 
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58) 

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah, Saad pun sembuh dari sakitnya. 

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : 
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir) 


KEGUNAAN Halba 

1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak-  Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul 
2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia 
3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran 
4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu 
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 



Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang. 




MANA NAK DAPAT Halba? 

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya. Semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.. 


Monday, May 23, 2011

mochi

Daifuku & Ichigo Daifuku







Bahan-bahan

  • 160g inti kacang merah
  • 100g mochiko@shiratama ko (glutinous rice flour)
  • 2 sudu makan gula
  • 120ml air - resepi asal 100ml
  • 8 biji strawberry kecil - utk ichigo daifuku
  • tepung katakuriko - for dusting
Cara-cara

  • Bulatkan2 inti kacang merah dalam 20g setiap satu. Masukkan skali strawberi jika ingin membuat ichigo daifuku. Ketepikan.
  • Satukan tepung mochi, gula dan air. Kacau rata. Jika ingin buh pewarna atau perasa cam matcha atau sebagainyer bleh letak masa nih.
  • Panaskan kukusan. Kukus adunan tepung tadi lebih kurang 15min.
  • Sediakan dulang.Lapikkan dengan oven paper. Taburkan tepung katakuriko.
  • Apabila tepung mochi dah masak.Angkat dari kukusan dan tuang di atas tepung katakuriko tadi.
  • Ambil sedikit tepung katakuriko di tangan anda agar tidak melekat semasa proses membentukkan daifuku.
  • Proses nih kene berhati2 sbb adunan masih panas. Bahagikan kepada 6-8. Ambil satu, masukkan inti kacang merah dan stoberi tadi dan tutup kemas. Sapukan lebihan tepung katakuriko menggunakan berus.
  • Buat sehingga habis dan siap utk dihidang.



Bahan-bahan ( 30 biji )

300g Tepung pulut
60g Tepung beras
1 sudu besar Serbuk Santan
1 1/2 sudu besar Minyak jagung
200ml Air panas + 45g Gula
160ml Susu Cair Ideal
240ml Mango juice
Kelapa parut & pewarna kuning
1 -2 biji Mangga manis

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali mangga dan kelapa parut. Kacau hingga sebati, tapis jika bergentel.
  2. Tuang adunan ke dalam bekas kukusan yg telah disapu sedikit minyak. Kukus 30 minit, kacau dan sejukkan.
  3. Taburkan kelapa parut ke dalam piring kecil. Ambil sesudu adunan dan diisi dengan ketulan mangga. Bulatkan dan golek dengan kelapa parut.
  4. Boleh dimakan terus atau simpan dalam peti sejuk seketika.

sushi


video


Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
1 cawan beras jepun
2 cawan air
4 sudu cuka makan/rice vinegar
1 sudu besar gula halus
Timun di buang empulurnya dan di potong memanjang
Carrot di potong memanjang
Avocado di potong memanjang - jika suka
Beberapa keping telur dadar
Beberapa keping seaweed
Bamboo mat untuk mengulung

Cara-cara :

1.  Sebatikan cuka dan gula hingga larut.  Ketepikan
2.  Masak beras seperti memasak nasi biasa.  Apabila nasi telah masak, leraikan dan renjis dengan larutan cuka, gaul hingga rata.
3.  Guna bamboo mat atau plastik wrap, letak di atasnya sekeping seaweed.  Letak sekeping telur dadar di atas seaweed.  Celup tangan dengan air dan ambil segumpal nasi dan ratakan ke atas telur dadar tadi.  
4.  Ambil seketul crab stick dan potongan timun,carrot,avocado susun di sebelahnya.  Kemudian gulung dengan kemas.

Sunday, May 22, 2011

udon

[HD MV] Dongwoon (BEAST) & Minkyung (Davichi) - Udon





Udon
420g Tepung gandum
180g Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar garam
280cc air

-Larutkan garam dalam air.
-Tuangkan sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung gandum dan tepung ubi sambil menggaulnya dengan chopstick/garfu.
- Satukan adunan hingga jadi doh.
-Masukkan doh ke dalam beg plastik( the best guna plastik beras tu ).
-Alaskan atas plastik tu dengan kain then pijak-pijak hingga leper. Bila dah leper, lipat-lipatkan doh dan pijak lagi hingga leper semula...ulang proses ni about 10 kali. ( Ni cara tradisional buat udon, kalau tak mau pijak guna tangan ler ye )
-Biarkan doh dlm plastik tu dan peramkan 2 hingga 3 jam pada suhu bilik.
-Lepas tu bolehlah gunakan pasta machine tu utk gelek dan potong macam buat mee kuning tu. Kalau nak ikut cara tradisional kena roll then hiris dengan pisau.
-Gunakan tepung jagung atau tepung ubi kentang/potato starch utk handle doh tu semasa menggelek dan memotong supaya adunan tak melekat-lekat.
-Celur udon dalam air yg mendidih( gunakan 1 L air utk 100g udon ). Biarkan beberapa saat dalam air mendidih tu then barulah kacau-kacau udon dengan chopstick/garfu supaya udon tak melekat. Bila air mendidih sekali lagi, kecilkan api dan biarkan lebih kurang 7 - 10 minit
-Basuh udon tadi dengan air ( paling bagus gunakan air yg sejuk ).Toskan udon dan bolehlah dimakan.



Kuah dia just kicap, dashi (guna air rebusan ikan bilis ), gula dan garam. Nie anggaran resepi utk kuahnya…boleh adjust ikut tekak masing-masing ye..

Udon no Tsuyu
900ml air
1 sudu besar gula
Secubit garam
2 sudu besar kicap
segenggam ikan bilis.

Rebus ikan bilis dengan air utk dapatkan stoknya. Tapis dan asingkan ikan bilis. Tambah bahan-bahan yg selebihnya kedalam stok ikan bilis tadi dan renihkan sekejap.


Makan dengan kakiage=mixed tempura. Maisya just guna carrot, kentang dan bawang yg dihiris halus dan goreng dengan tepung tempura. Utk tepung tempura maisya guna resepi dari VIDEOJUG.

Tepung Tempura
250 ml air ais
250g tepung gandum
150g tepung jagung
minyak utk menggoreng

Satukan tepung dan simpan di dalam freezer sekurang-kurangnya ½ jam. Kononnya dengan cara ni tempura akan jadik ringan.
Tuangkan air ais ke dalam campuran tepung dan gaul guna chopstick/garfu jer…gaul sikit-sikit jer tak payah sampai sebati.
Gaulkan sayur-sayuran campur yg nak digunakan( maisya guna carrot, kentang dan bawang yg dihiris halus) dengan tepung sedikit …make sure sayur-sayur tu tak berair.
Ambik sejemput sayur-sayuran campur dan bubuh dalam satu mangkuk. Cedokkan sedikit adunan tepung tempura dan gaul sayur-sayuran tadi.
Goreng dengan minyak yg banyak. Make sure minyak dah betul-betul panas. Jangan goreng banyak-banyak dalam satu masa.
Buat hingga semua habis.

jenis2 ikan(2)

ikan keli
ikan keli ade kwn aku pggl ikan hensem..hmmm..hensem ke ikan ni??hahaha...
aku start makan ikan ni since aku kat uitm..

ikan patin
ikan ni pn aku start makan since aku kat uitm..



ikan jebong
ikan ni isi die rase mcm isi ayam...

ikan cermin
ikan ni biasenye mak wat lauk tumis putih....

ikan merah

Friday, May 20, 2011

3p 3rd day

ari nie..start la kitorg blaja kat lab12, FCMS...perjalanannye mengambil mase selama 15 minit....trainer nye mase lmbt ckt for da first day, coz xjupe nak cari lab 12 ni katenye...agar boring la klasnye....huhuhu..petang tu lak sisi wat lab exercise....cik ning ni dah takut dah..coz installation lmbt sbb ngade2 g tik2 byk option...so lmbt la ckt lau nak install nye...huhuhu...nasib la sempat...alhamdulillah...ari ni balik awal...4.30ptg..huhuhu..suke2....

sebelum balik bilik kitorg g my mydin dulu..coz cik ning nak beli topup n air mineral...
huhu...tgk ampaian tinggal pengepit je 1...baju lain tersusun elok lagii..oh tidak baju cik da kene curi...kecian kat cik da...sabar ye cik da...xde rezeki cik da nak pakai baju tu dah...

sekian terima kasih tuk hari ini..huhu...

Thursday, May 19, 2011

3p second day [last softskill]

yeaaaaaaahhhhhhh..........dah abh utk softskill...
ari ni cik ning xkena present..hehehehe...cume cat walk je..means blaja cara jalan nak pergi kepada interviewer....ok, jalannye kene relaks, tegap, pandang dahi interviewer..bagus2 cik ning wat sekali je dah ok..hehehe...

ush3...bertapa bahayenye la kite, student2 uitm ni nak g menuntut ilmu....ush3....jalannye giler berliku...dgn kenderaan2 nye....dgn jalannye yg berbahaya untuk melintas...

sekian untuk hari ini...=p

Wednesday, May 18, 2011

3p first day [softskill]

yeaahhh......dah abh first day 3p..........
ktorg gerak pagi tdi dalam kul 8.15 pagi dari kolej kenanga..smpai kat fakulti elektrik dalam kul 8.45++ dgn nak cari room 6 lagi..huhuhu...xlarat nak jalan tpi gagah kan jugak...
hmmm....tiba2 xde idea nak taip dah....

pagi2 dah kene jerit...kitorg jerit ni..
"1Malaysia
1Malaysia
1Malaysia
be the best
we are the best
oh..ya"

dah start dah kene g depan, first introduce urself selama 30 second....berterabur semua...hahaha...
second aku terpakse la present sal great leader coz lam group 4 tu aku je yg tinggal xpresent g...huhuhu...

untuk personality test aku ni jenis S = Steadiness, jenis lain ialah D = dominance, I = influence and C = compliance n rata2 ramai yg jenis S ni..huhuhu....termasuk lah yoo, ada, shiema n acap....

sebelah ptg nye pulak mula dah rase bosan...mengantuk dah....one more day for softskill  tomorow...malehnye....diorg nak wat ape pulak la esok.....

Saturday, May 14, 2011

ape yg sye blaja dri rumate baru..hehehe..

assalamualaikum semua.............

wahhh...dah akhir2 sem ni boleh pulak sye dpt rumate baru iaitu classmate selama 3 tahun ni...hahaha..mmg seronok jadi rumate diorg ni sbb jadi classmate diorg pn best....
ade je nak wat kelakarnye.....

ok..ape yg sye blaja dari diorg...first mase nak masak maggi dgn miss yoo, mmg la sebelum ni sye tau yg mee maggi tu berbahaya...tpi xterpikir lak..utk mengurang kan bahayanye....lau nak masak magi kite kene masak mee tu dua kali...iaitu masak mee magi atau rendam mee magi dalam air panas lepas tu buang air, then masak mcm biase...tujuan nye...utk buang lilin pada mee tersebut...........

second....jgn pakai deodorant di malam hari...pakai jela bedak ye...

lain2...ade lagi ke ek..lupe pulak....

Sunday, May 8, 2011

falsafah terakhir sebelum final exam...

when u study...
- sebut betul2, fhm btl2, baru daftar dlm memori, sewaktu2 kukuhkan memori...[pronounce it correctly, spell it out, understand it properly and register it your mind]...

memori pn perlukan pengukuhann jgk...

u must take full responsibility for your own learning...

~you have one or you have no one
ask ALLAH He will give you one~

~dalam nada suara sendiri ada penyejuk jiwa~

selamat tinggal

"sekian shaja dr bilik exam...selamat tinggal...jgn kita ketemu lagi!"

sempena hari ibu

lagu ni mister orange post kat fb tpi bukan video ni hahaha....=p

Saturday, May 7, 2011

esok last paper

ok...assalamualaikum semua....

esok, aku akan menghadapi last paper exam sepanjang aku kat uitm ni, i really hope that...
dah la paper ni susah, harap la aku boleh score dekat bahagian true/false....
walaupun paper ni susah...aku selamba je byk main dri byk study....ush3..ape la nak jadi dgn aku ni...kejap bukak fb, sekejap bkk blog....edit designnye.....ish3......

ok...sekian dulu dsni...saje je nak wat kenangan entri last paper hahahaha....

slmt berjuang semua rakan2 seperjuangan....semoga kite dipermudahkan menjawab soalan....amin...all the best to all~

Friday, May 6, 2011

sayur lemak jambu golok dengan sotong

sayur lemak jambu golok dengan sotong
gambar: mamawandiha

Bahan-bahan:
8 ekor sotong
10 biji buah jambu golok/gajus yg masak
2 cawan santan pekat
Garam & serbuk perisa
1 biji Bawang besar - dihiris
3 biji Cili merah - dihiris
2 ekor ikan selayang/sardin/kembong - direbus & diambil isinya
Sedikit garam kasar

Cara
1. Sotong dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong kecil2. My hubby suka letak seekor2.
2. Buah gajus dipotong kecil & dicelur seketika. Kemudian toskan.
3. Selepas itu, perahkan air. Semasa memerah tu, letakkan sedikit garam kasar. Tujuannye utk menghilangkan rasa pahit & getah dlm buah tu, seterusnya supaya ada rasa masin pd isi buah gajus tu. Jika buah gajus itu terlalu masak ranum, cukup hanya mencampurkan sedikit garam kasar semasa memerahnya tnpa perlu direbus/dicelur.


4. Masukkan santan ke dlm periuk, bawang besar, cili merah & isi ikan tadi. Kacau. Santan perlu pekat kerana sotong akan mengeluarkan air.
5. Masukkan buah gajus tadi ke dlm periuk & masukkan garam. Kacau lagi.
6. Akhir sekali, masukkan sotong. Masakkan sehingga mendidih sambil mengacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


pucuk ketereh

ada sesape yg kenal daun ni?

dah lame xmakan ulam ni...sejak pokok jambu golok d blkg rumah ku ditebang...aku pn xingat kenape..hmmm...rindu nak makan ulam ni...hahaha...

orang pantai timur panggil pucuk 'tereh' nama rasmi dari daun Pucuk Ketereh! atau Pucuk Gajus, tapi baru baru ni je aku dengar ada sesetengah orang panggil pucuk janggus?
Jambu golok pun namanya juga.. :)
nama saintifiknya pula ialah Anacardium occidentale

Pucuk ketereh ni diklasifikasikan sebagai ulam ulaman
dipercayai dengan memakannya secara berterusan akan melambatkan proses penuaan dan membantu wanita mempunyai wajah yang awet muda!
disamping itu, daun pucuk ketereh ini juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis
haa.. bukan sebarangan ulam nih...

rasanya pula?
sedap tau ....
yang istimewaya pada baunya dan aromanya yang unik..
bila makan bersama sama ngan nasi.. terasa sedap semacam.. tambah dapat cicah budu atau sambal belacan
perrghh terangkat...
:p

inilah rupenye jambu golok...

jenis2 ikan(1)

assalamualaikum semua..... =)
ok...hari ni jom kita mengenal ikan ye...

lebih kurang je 2 jenis ikan ni kan...cume beza nye yg 1 ni ade lapisan warne hitam kat tengah2 or kat sisi


ok, yg ni ikan aye @ ikan aya @ ikan tongkol @ ikan kayu
blah utara banyak pggl ikan kayu
dan kalau yg blah pantai timur pggl ikan aye...

ni rupe ikan aye yg belum dibuat pape...
---------------------------------------------------------------------------------------------

yg ni ikan tenggiri.....

ikan tenggiri ade 2 jenis iaitu ikan tenggiri papan & ikan tenggiri batang...


---------------------------------------------------------------------------------------------
ok next jom kite kenal ikan selar kuning lak....

Ikan Selar Kuning
ikan selar kuning



ni lak ikan selayang...
---------------------------------------------------------------------------------------------

ikan kembung..

---------------------------------------------------------------------------------------------

ikan cencaru..

inilah ikan-ikan yg biase mak masak kat rumah....ikan tenggiri sgt jarang...ikan cencaru sgt2 best kalau makan mase masih panas nak2 yg kat tepi yg garing tu...huhuhu, ikan lain pn same best makan mase panas2...hahaha..

ikan aye best....mak buat nasi dagang...nasi lemak...goreng...singgang...

lau time nak wat kuah laksa, bubur lambuk...mmg susah lau xde ikan kembung...kalau nak wat dgn ikan aye...ayah xboleh makan...nanti gatal2 badannye mai la...mulalah ayah xleh tdo..

cuba teka binatang ape yg selalu sakit perut??