Tuesday, May 31, 2011

pasta-makaroni


Macaroni: Pasta bentuk pipa melengkung dengan lubang ditengahnya. Pas untuk hidangan panggang, seperti macaroni schootel dan isi soup.


MAKARONI GORENG 

Bahan 
250 gm makaroni 
200 gm daging cincang 
1 labu bawang besar [potong dadu] 
2 ulas bawang putih [cincang halus] 
1/2 tin cendawan butang 
1 batang carrot [potong dadu] 
2 biji buah tomato [potong dadu] 
3 biji cili merah 
3 s/b cili kering yg di kisar 
1/2 tin kecil tomato puree 
garam secukup rasa 
daun sup & daun bawang [cincang halus] 

Cara: 
1. Celurkan makaroni dalam air mendidih hingga lembut. Toskan dan bubuh minyak supaya tidak melekat. 
2. Tumiskan bawang kuning dan bawang putih hingga naik bau. 
3. Masukkan cili dan biar hingga naik minyak, kemudian baru masukkan daging... 
4. Biarkan daging hingga naik minyak, masukkan air skit.. + garam 
5. Lepas tu masukkan carrot, makaroni, tomato, cendawan, cili dan sos tomato. Masak hingga kering... 
6. Jeng, jeng boleh di hidangkan... 
7. Lepas tu boleh taburkan daun sup. Kalau ada daun bawang bleh letak jugak...  


Makaroni Sup

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil
  • bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging


Bahan sampingan

  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng

Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi

  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau




Cara Penyediaan

  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Pasta Cheese

Bahan-bahan:
250 g pasta ( apa2 jenis ) ~ rebus hingga lembut dan toskan
200gm isi ayam ~ dihiris
2 labu bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 kotak (250ml) krim
1 cawan susu segar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam (kalau suka)
1 cawan keju mozarella (patutnya sedap letak keju Parmesan, tapi tak de)
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan hirisan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau seketika dan masukkan susu.
4. Masukkan pasta dan krim, gaul rata.
5. Masukkan pula oregano dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula.
6. Akhir sekali masukkan keju mozarella, gaul rata dan bolehlah di angkat.


No comments:

Post a Comment