Monday, May 23, 2011

mochi

Daifuku & Ichigo Daifuku







Bahan-bahan

  • 160g inti kacang merah
  • 100g mochiko@shiratama ko (glutinous rice flour)
  • 2 sudu makan gula
  • 120ml air - resepi asal 100ml
  • 8 biji strawberry kecil - utk ichigo daifuku
  • tepung katakuriko - for dusting
Cara-cara

  • Bulatkan2 inti kacang merah dalam 20g setiap satu. Masukkan skali strawberi jika ingin membuat ichigo daifuku. Ketepikan.
  • Satukan tepung mochi, gula dan air. Kacau rata. Jika ingin buh pewarna atau perasa cam matcha atau sebagainyer bleh letak masa nih.
  • Panaskan kukusan. Kukus adunan tepung tadi lebih kurang 15min.
  • Sediakan dulang.Lapikkan dengan oven paper. Taburkan tepung katakuriko.
  • Apabila tepung mochi dah masak.Angkat dari kukusan dan tuang di atas tepung katakuriko tadi.
  • Ambil sedikit tepung katakuriko di tangan anda agar tidak melekat semasa proses membentukkan daifuku.
  • Proses nih kene berhati2 sbb adunan masih panas. Bahagikan kepada 6-8. Ambil satu, masukkan inti kacang merah dan stoberi tadi dan tutup kemas. Sapukan lebihan tepung katakuriko menggunakan berus.
  • Buat sehingga habis dan siap utk dihidang.



Bahan-bahan ( 30 biji )

300g Tepung pulut
60g Tepung beras
1 sudu besar Serbuk Santan
1 1/2 sudu besar Minyak jagung
200ml Air panas + 45g Gula
160ml Susu Cair Ideal
240ml Mango juice
Kelapa parut & pewarna kuning
1 -2 biji Mangga manis

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali mangga dan kelapa parut. Kacau hingga sebati, tapis jika bergentel.
  2. Tuang adunan ke dalam bekas kukusan yg telah disapu sedikit minyak. Kukus 30 minit, kacau dan sejukkan.
  3. Taburkan kelapa parut ke dalam piring kecil. Ambil sesudu adunan dan diisi dengan ketulan mangga. Bulatkan dan golek dengan kelapa parut.
  4. Boleh dimakan terus atau simpan dalam peti sejuk seketika.

1 comment: