Friday, February 18, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Cinta ibarat kupu-kupu

Cinta ibarat KUPU-KUPU ...


Makin kau kejar, makin ia menghindar

tapi bila kau biarkan ia terbang.

ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.

...cinta bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti.

tapi cinta itu hanya istimewa, apabila kau berikan pada seseorang yang

layak menerimanya.......

jadi....tenang tenang saja jangan terburu-buru

hingga kau bisa memilih yang terbaik


untuk kalian yang ......RAGU - RAGU DENGAN PERNIKAHAN

Cinta bukanlah perkara menjadi "ORANG SEMPURNA"nya seseorang.

justru perkara menemukan seseorang yang bisa membantumu menjadikan dirimu sempurna.


untuk kalian yang....... TIPE PLAYBOY / PLAYGIRL

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU" bila kau tidak benar-benar peduli padanya.

Jangan bicarakan soal perasaan -perasaan itu bila tidak benar - benar adanya.

Jangan kau Sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya.

Jangan menatap kedalam matanya bila yang kau katakan cuma DUSTA.

Hal terkejam yang bisa dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta
,padahal kau tidak berniat sama sekali untuk menerimannya saat ia terjatuh...... (don’t do it)

Untuk kalian yang ......... SUDAH MENIKAH

Kalau Cinta jangan katakan "INI SALAHMU !" tapi maafkan aku ya?

Bukan " KAU DIMANA?! " melainkan "AKU DISINI,KENAPA?"

Bukan "KOK BISA SIH KAU BEGITU ?" tapi "AKU MENGERTI "

Dan bukan "COBA, SEANDAINYA KAU.... " akan tetapi
"TERIMA KASIH YA, KAMU BEGITU...."

Untuk kalian yang...... PATAH HATI

Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya

dan akan mengiris luka sedalam kau membiarkannya.

Tantangannya bukanlah bagaimana bisa mengatasi melainkan
apa yang bisa diambil
sebagai pelajaran dan Hikmahnya

Untuk kalian yang............. BELUM PERNAH JATUH CINTA

Bagaimana kalau jatuh cinta : Mau jatuh,jatuhlah tapi

jangan sampai terjerumus, tetaplah konsisten tapi jangan terlalu "NGOTOT"

Berbagilah dan jangan sekali - kali tidak Fair.

Berpengertianlah dan cobalah untuk tidak menuntut,

siap - siaplah untuk terluka dan menderita,
tapi jangan kau simpan semua rasa sakitmu itu.

Untuk kalian yang ......... INGIN MENGUASAI

Hatimu patah melihat yang kau cintai berbahagia dengan
orang lain(bener buanget),
tapi seharusnya akan lebih sakit mengetahui bahwa
yang kau cintai ternyata tidak bahagia bersamamu.

Untuk kalian yang........... TAKUT MENGAKUI

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.

malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.

Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kau
cintai sama sekali tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Untuk kalian yang.......... MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YANG SUDAH PERGI

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu
seseorang lalu jatuh cinta,
hanya kemudian pada akirnya kau menyadari bahwa dia bukanlah jodohmu.

Dan kau telah menyia2 kan bertahun-tahun untuk
seseorang yang tidak layak.
kalau sekarangpun ia sudah tak layak,
10 tahun dari sekarangpun ia juga tak akan layak.
maka biarkan ia pergi dan lupakan.........


*note taken from in a relationship with..Post by admin (Ahmad Yassier)


Wednesday, February 16, 2011

kad atm bank islam kena block

ari ni ari rabu seperti kebiasaannye ade klas formal language..puan masuk lambat byk..lam setengah jam..sebelum 2 bakri ade edarkan survey tuk fyp die..

ari ni ak spttnye kene jupe sv ak tpi terpakse dbatalkan cz sv ak mengalami migrain yg agak teruk..
so kitorg terus g bank islam dgr teksi tuk selesaikan mslh ak 2..kat sane ada jupe budak yg sekali LI dgn die dlu...
utk selesaikan mslh ak pulak, ak kene g kaunter 1 tuk reset password or kalau xboleh kene wat kad bru..

alhamdulillah ak kene masuk kan balik passwrd ak yg sblm ni je..lps 2 g test blh gune ke x...

next kitorg masuk sacc, next shima singgah big apple, next usha2 selipar..ada usha kasut ak pn beli sekali...next mcd...next karaoke..

Wednesday, February 9, 2011

google

pernah aku google namenye...tpi xde yg same seperti namenye...

tpi hari ini..ketemui namenye di google....btul2 ak xsangke itu yg ak harus terima die btul2 dah xde...belum sempat awak merealiti kan kate2 awak...awak pergi dlu...awak...knape xbwk motor 2 elok2... sbb sye htr msg kat awak ke???awak nak tgk msg 2 ke???awak pergi tnpe pesan....

smoge awak dtmpatkan d kalangan org yg beriman....amin...

Dua remaja maut catat kes kematian pertama



TEMERLOH – Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang masing-masing bergesel sesama sendiri dalam kemalangan di Jalan Kuala Krau-Jengka dekat Kampung Rumpun Makmur jam 10.30 malam kelmarin.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh Asisten Superintenden Mohd Hamzah berkata, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dari arah Jengka ke Kuala Krau bergesel setiba di tempat kejadian.

Menurutnya, akibat pergeseran kedua-dua motosikal, mangsa tercampak di atas jalan raya dan mengalami cedera parah pada kaki dan kepala.

“Mangsa dikenali Muhammad Huzairy Aksah 18, dari Kampung Gunung Senyum dan Mohd Dyzul Hanizam Zakaria 19 berasal dari Felda Jengka 1, Maran.

“Muhammad Huzairy mati di hospital manakala Mohd Dyzul Hanizam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya semalam.

Mohd berkata, ia kes kemalangan maut pertama di Temerloh sepanjang Ops Sikap diadakan.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 697 saman dikeluarkan membabitkan 78 kes kemalangan.

Menurutnya, beliau menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya mengekalkan pemanduan berhati-hati bukan sahaja semasa Ops Sikap diadakan.

“Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa jika kita tidak berwaspada,” katanya kepada Sinar Harian.

maafkan syg...

video

"Engkau tiba bagaikan pelangi..."
masih segar di ingatan sye, mcm mane awak mule2 contact sye...
"Bagai pelangi petang
kau kan pasti pergi jua...."
4 bulan kte bersme begitu cpt awak tggl kan sye....

awak...maafkan sye, sye tiade di sisi awak saat awak menghempuskan nafas terakhir...
awak....maafkan sye xdpt menziarahi jenazah awak buat kali terakhir....

awak....maafkan sye jika nanti ade org lain di hati sye....
awak...sye rindu awak....sye rindu tuk mendengar suara awak...gelak tawa awak...
maaf andai sye x bisa merelakan pemergian awak...

sye nak tau mcm mane awak leh excident tpi sye takut nk taye keluarga awak...
awak sgt baik dgn sye....
awak xpernah marah sye...walau sye slalu merajuk....awak xpernah bosan...
maaf sye berniat tuk mencari pengganti awak....

sye btul2 harap ini hanya lah penipuan semata-mate....

suatu saat nanti sye akan menziarahi pusara awak...maafkan sye,awak...

SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….






























SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan

pelakunya ke lembah penzinaan.


KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat,pesanan Rasulullah :J

anganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG

BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN.ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret

kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA! *(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.


SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP. *

(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu...banyak masa

dihabiskan dengan fantasi cinta!


TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.


KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesen

gsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.


JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwauntuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yanglain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia.

Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepadaAdam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.

Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa be

rcinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin.

Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.


PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?


TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam peran

gkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.


JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.


ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang y

ang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.


MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)


BAGAIMANA KAMI?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.

Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu.


KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!

P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT,

BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,

SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.Dari : Saffinatunnajah & Krew U-jam v3.0

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)


http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

sumber: http://u-jam.blogspot.com/2010/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html?spref=fb

Tuesday, February 8, 2011

die dah xde

smlm kul 10.43 ak dpt msg mengejutkan....ya allah...jangan la pape berlaku kat die...kaki dan tangan die patah..tulang kaki die hancur......ak col no die....ak ingatkan die yg angkat tpi abg die yg angkat....betul die excident...

kul 1.40 am..."awk tlg maafkn adk sye ek..adk sye dh mnigal"..

+_________________+

Monday, February 7, 2011

selepas jumpe puan 2011,1

first assignment ak kene wat button nak tekan kamera mane 1...esok kene bgi video..then jumpe puan setiap ari rabu start minggu depan..

sebelum jumpe puan 2011,1

ari ni puan nk jumpe ak lps kul 2, ok bek...lps klas its kitorg g jupe puan...
puan nk jumpe, tpi ak xwat pape pn sal projek ak...just hope ade perkembangan tntg projek ak ni lps jumpe puan nanti...

bertapa ak rase ak ni xde pape bile diorg borak sal flash...