Monday, March 21, 2011

bubur lambuk

bahan-bahan:
2 cawan beras
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
2 ekor ikan kembung (dikukus atau direbus kemudian diambil isinya)
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkung
2 tangkai daun kadok

cara-cara membuat:
1. tumbuk lada hitam dgn lumat, masukkan bawang merah tumbuk sehingga lumat dan akhir sekali masukkan isi ikan.
2. masak bubur seperti biase iaitu masukkan beras ke dalam periuk letak air byk2..letakkan ke ats dapur.
3. bile agak2 dah jadi bubur masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan sume daun-daun tadi.
4. masukkan budu dan garam secukup rasa..
5. kacau hingga cukup rata dan sayur layu..
6. angkat dan hidangkan semase masih panas...sedap2...




No comments:

Post a Comment