saya tengah lapar ni... ada siapa-siapa nak belanja tak??? he3....
lalu mengoogle la sate ikan... best nye... nanti nak try buat kat rumah la.. so mengoogle la pulak resepi nya...
jom kita layan gambar sate ikan ni...he3... amaran pada yang berpuasa jangan tengok ye...
terlebih dahulu mohon maaf pada pemilik2 gambar di bawah... mengambil tanpa memberitahu..
kredit to uols... ^_^v
saya paling suka sos manis... bestnya... nak... subhanaallah... nikmatnya.. nikmat lagi di syurga kelak
insyaallah....
pengusaha sate ikan - Mohd Rashid
info here
sesetengah ade yang menamakan sate ikan ni lokceng
copy paste from here
Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa
Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
SOS Manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment