Saturday, November 19, 2011

lesen license

assalamualaikum semua...
akhirnye setelah ber tahun2 hanye d bibir n d hati sahaja..hari ini berjaye jugak aku masuk kelas kpp..kpp ni singkatan bagi kurikulum pendidikan pemandu...semoga tindakan ini akan berterusan sehingga lah aku bergelar pemandu yg sah nanti..moga2 hasrat ini berjalan lancar, d permudahkan dan d percepatkan agar..boleh la aku pergi menjual anggur2 yg sudah berkurun ini..hehehe...

seawal 7.30 pagi aku bertolak dari rumah menuju ke psm cawangan kemaman..sampai dalam 8lbh then tggu akak2 yg menguruskan pendaftaran ni...nak masuk kelas kpp ni kena bayar $261 dahulu...maka pukul 8.45 pagi   masuk la aku dalam kelas 1..katenye kelas start kul 9 tpi tggu punye tggu kul 9.20 baru start mybe tggu student lain la kan...

agaknye jodoh aku nak berkenalan dgn adik comel rotiboy ni...aku kenal muke je sbb aku pernah keje kat medan selera mm kan..adik ni slalu la dtg beli kat situ...tapi aku ni kan malas nak tegur dulu..adik ni duk sebelah aku...keciknye dunia...akhirnye die yg tegur aku dulu..huhuhu..

insyaallah ari selasa ni aku akan menghadapi ujian berkomputer..doa2kan ye...

kte sambung d lain entri...trm kasih sudi bace...=)


Thursday, November 17, 2011

spaghetti

akhirnye hari ni tercapai jugak hajat d hati nak buat spaghetti dgn air tangan sendiri...
orang kate sambil menyelam minum air...alang2 temankan adik pergi bandar beli barang...sye pn beli jugak la barang2 nak buat spaghetti...

barang2 nye adelah..

Farm's Gold Chicken Frankfurter 300gm --> 1.99

Ramly Daging Lembu Kisar 400gm --> 6.40

dulu diorang pek mcm kat bawah ni tpi sekarang dah tukar mcm kat atas tu..



Prego Traditional Pasta Sauce 397gm --> 6.90


San Remo No.5 Spaghetti 500gm --> 4.90

total barang2 $20.19

barang2 d dapur...
3 ulas bawang putih 
2 biji bawang merah 
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam n gula secukup rasa

cara-caranye:
  1. spaghetti tadi direbus dgn garam dan sedikit minyak hingga lembut kemudian toskan.
  2. panaskan minyak..tumiskan bwg putih n bwg merah yg telah dipotong..d sni dpotong dadu
  3. masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. masak hingga empuk
  4. masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato
  5. masukkan sosej yg telah dpotong...d sini dpotong bulat . kemudian masukkan garam n gula secukup rasa...
  6. tuangkan sos ke atas spaghetti yg diletak d dlm pinggan.....

tadaaaaaaaaa...........inilah hasilnye..

Tuesday, November 15, 2011

Boy n Suri

Boy n Suri ni arnab kepunyaan oppa. boy n suri ni kaler putih, tanye arnab ni harge dia 6 ringgit. oppa beli sebab lame da dia nak bela arnab ni. aku pun suke jugak arnab ni tapi da besar ni lupe lak cita2 nak bela arnab ni, lagi pun da lame xnampak arnab.


tapi yg sedihnye suri dah tinggal sorang2 sebab boy dah xde sebab digigit kucing sampai berdarah...
oppa ckp nak wat umah tuk suri...t kte tgk cmne upe umah tu k...

BAKA:MIX TEMPATAN(JANTAN) FLEMISH GIANT BETINA)D.

Monday, November 14, 2011

hijrah Hamba Allah

Hijrah Diana Amir
image

Cerita Diana Amir bagaimana dia boleh mula bertudung:
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”




cerita Diana Amir

Hijrah Irma Hasmie

gambar irma hasmie bertudung

gambar irma hasmie bertudung

Cerita Irma Hasmie:
"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung,  sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima. 
"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga."Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma. 
Berdoa di Mekah 
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. 
"Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini."Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. 
"Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik," jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.



Hijrah Siti Nordiana



al-kisahnye:
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.  
 "Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.
Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.
Sumber 


gambar Siti Nordiana memakai tudung

smoga aku juga akan diberikan hidayah petunjuk supaya berubah ke arah menjadi hamba allah yg solehah...korang doa2 kan ye...