Monday, March 14, 2011

nasi goreng kampung

rindu nak makan nasi goreng kampung...rindu kat kasih jgk...sejak kasih xde ak xpernah makan nasi goreng kampung g..seingat ak last ak makan nasi goreng kampung time odw nak balik kolej lps g sunway pyramid...

ok kt cni ak letak 3 resepi nasi goreng kampung..first ak amik from --> merpati66

Bahannya
nasi putih - elok yang dah semalam
bawang putih - ketok hancur
ikan bilis goreng garing
cili padi - potong kecil
sayur kangkong - cuci dan potong
telur - goreng mata kerbau
serbuk ayam knor
minyak untuk menumis

caranya
panaskan minyak - tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan nasi putih - gaul sebati
masukkan serbuk ayam + ikan bilis + sayur kangkong + cili api
hidangkan dengan telur mata kerbau leh letak timun kalau suka

second lak from --> suka main masak2

Ni resipi biasa-bisa jer

1 mangkuk nasi sejuk
1 genggam ikan bilis-digoreng separuh
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili api
5 batang kacang botol-diracik
2 biji tomato dibelah 4
1 papan isi petai
garam secukup rasa
1 biji telur

1. Tumbuk bawang, cili api & ikan bilis hingga lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing baru masukkan nasi.
3. Goreng hingga nsi sebati dengan bahan tumbuk.
4. Pecahkan telur dan gaul lagi hingga telur menyaluti semua nasi.
5. Masukkan kacang botol, tomato, petai & ikan bilis goreng. Gaul sebentar dan hidangkan

n last from --> lirik cantik masak

Bahan A (Hidangan 4 Orang )

1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)


Bahan B
1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)


1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je.
3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.
4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.



No comments:

Post a Comment