Friday, March 4, 2011

kueh teow kung fu


Resepi Kuew Teow Kungfu


  • 1oo g kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
  • 1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
  • sedikit lada sulah
(Pecahkan telur, kacau dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)


Untuk kuahnya
  • Isi ayam secukupnya ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
  • daging batang pinang secukupnya
  • udang secukupnya
  • sotong secukupnya
  • Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
  • 1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
  • 2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
  • 3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • sedikit garam
Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging, isi ayam, sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili…. Yummy!!!
Credit to --> potretkasih

3 comments:

  1. wahhhh....simpLe nyew cre mSk....;))
    nTi iZan wat bgi Ada try yew....;PP

    ReplyDelete
  2. hehehe..boleh2..insyaallah..

    ReplyDelete
  3. hihi~naeK sLera mKn sye bLe tgOk ni.....traSe nK mkn tBe2...;)))

    ReplyDelete