Bismillahirrahmanirrahim
Aku menegurmu teman, Atas tautan Ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuh atas nama Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku An-Nisa'...
Engkau sedia maklum, Engkaulah hiasan dunia,Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku Ar-Rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, Dan tentulah temanmu yang diimpi, Seorang serikandi..
Wahai temanku An-Nisa'...
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,Engkau ingin disayangi, Ingin dimanjai, Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..Dan aku juga tahu,Temanmu Ar-Rijal juga begitu..Tetapi temanku An-Nisa' Ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah,Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah!!!
Kalau benar engkau mengasihinya, kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihi KeranaNYA, Engkau tak kan bisa Melunakkansoutul engkau, Engkau tidak kan bisa, Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu, Itu bisa menggoyahkan iman seorang Ar-Rijal. Dan engkau mengetahui, Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu, Namun nafsu itu sentiasa beraja, Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,Nafsu raja yang menggila! Kerana engkau tahu sahabatku An-Nisa' Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..Adakah benar engkau mengasihi keranaNya?
Wahai temanku Ar-Rijal...
Andai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia, Andai engkau mengasihi keranaNya, Engkau tidakkan bisa Mengajaknya bermukah di taman sepi, Kerana engkau tahu, Dia punya 9 nafsu, 1 akal, Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihi keranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnya Walaupun yang ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA! Dan engkau tahu bukan? Zina tempatnya di api yang menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya, Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku An-Nisa' & Sahabatku Ar-Rijal...
Aku mengasihimu Kerana Allah. Lantaran itu, Dengarlah sedikit pesan ikhlas dariku, Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta? Bercinta tak salah, Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yg hakiki,Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..Andai DIA yg engkau dahului, Engkau takkan gelisah. Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,Andai sehari tidak besua, Engkau tidakkan kecewa. andai dia terlupa mengatakan "I love you".Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,Dan andai dia yang terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN Dan itulah yg terbaik buat kalian…Kalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
No comments:
Post a Comment