Friday, April 22, 2011

my destiny..

huhuhu...suke lagu ni...

yg ni versi misha omar



yg ni pulak versi penyanyi asal lagu ni...

Thursday, April 21, 2011

bonda tersayang....

pgi tadi jam 4++ aku dpt col dripd miss raz, bonda tersyg miss shishi telah kembali ke rahmatullah....AL-FATIHAH...

sepanjang aku bersama miss shishi dugaan yg die hadapi mmg berat....dlu, pemergian ayahanda tersyg...dgn keadaan kesihatan nye yg selalu pening2...mslh dgn pemilik hatinye...harap lepas ni mamat tu akan lebih hargai miss shishi...

lepas end je col with miss shishi...aku terpikir dah lame aku xbalik kmpg...aku bersyukur, sehingga sekarang kedua-dua mak, ayah masih ni disisiku.......terima kasih YA ALLAH....

mlm tadi miss shishi ade msg aku, aku rply pendek je...rase bersalah...

YA ALLAH....engkau kuatkanlah sahabatku ini...



Tuesday, April 19, 2011

hate me......

aku yg lemah.........xtau nak wat ape dah....malas nak berusaha.........i wish mcm lam cerita, akan ade yang force aku.......n aku berusaha ber sungguh2.................aku, aku benci aku......................

sory puan...sy dah give up......i wish ade org nak tlg aku............

entah pape entri ni................

crying so much............lemah,lemah............

Monday, April 18, 2011

don't know...

sye stress...objektif fyp xcapai2 g, poster lagi, tesis lagi, brochure lagi, exam lagi....

sbb tu la sy murung...xde semangat..

sedih...

nangis....

nangis lagi...

sye penat.....

kecewa....dgn diri sendiri.....

sye rasa mcm dah give up giler...

rase nak pergi je....
tpi ape boleh buat...xboleh mcm tu...



sye hanye boleh berdoa..

NUR FAR IS WORKING HARD AT NIGHT
try wat yang terbaik....

hoping that everything will be ok....
n wait a miracle.........

tpi xtau la hati ni, jantung ni, dada ni rase lain..xselesa...sakit...mcm nak jatuh je...mcm nak terkeluar...

sekian.............

:)
=p




Thursday, April 14, 2011

help and rewards..

"i am so shy when i am help some one and they give me some rewards..=( i hope they know, i am sincere helping them..

if they give some rewards to u, means they are really appreciate u as a friend. who will give some rewards to someone that they r not happy with? they give that bcoz they want to share their happiness with u. i believe they also want u to know that they r sincere too when they share something that they have with u. for me, i wont gv something to someone that im not close to. it means u r appreciated by someone called friends. u should be happy bcoz they really treasure u as a friend.. :)"

Monday, April 11, 2011

sayus pedas kulit tembikai

xtau la nak pnggl ape masakan ni...tpi best tau....org dlu2 hebat, tgk ni kulit tembikai tu jangan di buang...boleh buat lauk g ni...

cara nak masak lauk ni senang je...tumbuk lada hitam sehingga lumat, bawang merah, bawang putih, isi ikan yg direbus atau kukus dan ketepikan. buang kulit tembikai yg tebal kaler hijau tu..pastu potong mcm dalam gmbr d atas...masukkan air ke dalam periuk, kulit tembikai yg telah d potong, dan bahan2 yg dtumbuk lumat tdi....didihkan sehingga kulit tembikai masak...

sekian....

Sunday, April 10, 2011

.........




selamat hari ibu 2010

byk la pulak video matluthfi90 ni...hehehe..layan yg ni lak..

bukan semua cantik subjektif

lagi...hahaha..

mari merungut malaysia

ok, sementara projek aku x jalan2...jom kite layan video ni...gelak2....

sepi..




Siti Nurhaliza-Bukan cinta biasa,Nobody,Nirmala(K-pop):ABPBH 2010

huhuhu..smlm miss wan ade taye, ade tgk x video siti yg kat abpbh tu..pgi ni bukak la tumblr die..tgk die share video tu...so aku nak share jgk la kat cni..hehehehe..
enjoy urself.....jom menari....

Full Version-ABPBH 2010 : Gimik Ucop Wilca & Johan! Anugerah Bintang Pop...

Saturday, April 9, 2011

::[ Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya ]::


::[ Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya ]::
by Islam Itu Agamaku

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.
Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.
Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.

Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,
‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.

Meletihkan, katanya,

’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’

Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.
Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.
Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran.

Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

::[ Pengukir Kata ]::

proud of them...

bangga dgn diorg...1st listing: mister champion 3rd place, mister orange 4th place out of 329 candidates from all over malaysia(infosys)..n 6 of them...

dan aku masih d cni.....

2nd listing: 2. mister orange, 7. mister champio, 8. miss sandra , 23. miss zaty...

oral test philosophy

bru je lps abih oral test.....kurang gembira sbb aku tau kekurang aku yg sekali lagi mengecewakan aku....

sblm pergi test tdi, mcm2 yg berlaku...first miss shishi lmbt..then bile miss shishi dah sampai kat meja mcd tu..aku terasa pelik lak kenape miss raz xsampai2 g..aku tanye la kot2 miss raz ade msg miss shishi..xde pun...so aku col la miss raz..die letak pulak..then die col balik...upenye xbgun tdo g..huhuhu...

ok lah kitorg tunggu miss raz dlu...

sampai2 je kat melati miss shishi2 terperasan sesuatu...opps..x dibenarkan cerita dcni..k..so korg jgn taye pape k...hehehe =p

smpai2 je terus suh masuk bilik cik guru ni kan..kitorg sekali oral dgn miss kirana n mister zen...bgus la mister zen kuar dlu...

sekian terima kasih... :)

Friday, April 8, 2011

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..:)

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..:)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Wednesday, April 6, 2011

Sailor Moon

sailor mars, sailor venus, sailor moon, sailor jupiter, sailor mercury


Memang ku tak pernah berterus terang
Juga ku tak mempercayainya
Namun sebelum ku berganti rupa
Ingin aku menemuimu

Dengan bermandi cahaya bulan
Yang cemerlang di malam yang cerah
Memang telah lama kurasakan
Ingin menolong yang lemah

Tiba-tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri

Untuk melawan semua kejahatan
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban alam
Aku mempercayainya
Ini keajaiban alam

seed book

bru balik dri laman najib, kes buat lab exercise yg mesti dhtr untuk mengutip markah..
thanks kpd anis n cd coz sudi tlg kitorg.....
tq tq tq.......

Tuesday, April 5, 2011

Mojacko(cite kartun dlu2....[1])

cite kartun dlu2....

korang ingat x, mojacko ni kalau masuk lam air t bdn die akan mengembang..hahaha...
miss shishi yg mengingat kan aku sal kartun ni mase lam klas tdi, then die tag lagu citer mojacko ni kat fb lalu timbul la rase nak post kt blog..supaya t anak2 tau la parent diorg tgk citer ape mase kecik2...hahahaha..=p

mojaru, mojacko, mojari

Sunday, April 3, 2011

singgang pedas ikan kerisi

bahan-bahan:-
  • 4 ekor ikan kerisi
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit
  • 1 cm lengkuas
  • 2 keping asam gelugur/ asam keping
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air/ secukupnya

cara memasak:-
  1. tumbuk lengkuas, kunyit dan bawang merah sehingga lumat.
  2. isi periuk dgn air, ikan dan masukkan bahan yg ditumbuk lumat tdi.
  3. masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
  4. masak sehingga ikan masak.
simple..nak letak daun kesum blh, tomato ke, kacang bendi ke blh...

gula2, mainan, keropok...

tadaaaaaa........... ^_^v

gummy candy





Kek Hiro

keropok jagung

gula-gula push pop


gula-gula meletup


suke n slalu mkn yg perisa stawberi n anggur..


lolipop dahulu kala
keras siottt...


gula-gula susu


jarang beli tora n ding dang ni kalau mainan die best bru beli...huhuhu..




hehehehe...suke main tiup2 belon ni


suke gula2 ni lau xsilap kat dalam die ade tiga..

keropok pedas
gula-gula duit
keropok perisa durian

Gula-gula udang
gula-gula yang plastik kat dalam nye boleh makan..d tegaskan sekali lg, plastik yg kat dlm ok, bukan yg luar ni...



Saturday, April 2, 2011

RESEPI wedges : Kentang goreng

bahan-bahan

  1. kentang sekilo (makan ramai2 ~tu pun mcm xcukup je..huhu )
  2. garam dan gula secukup rasa
  3. serbuk lada hitam dan putih secukup rasa
  4. tepung gandum (5sudu besar utk 3biji kentang saiz sedang2)
  5. minyak utk menggoreng
  6. serbuk kunyit (mencantikkan wedges~sikit je..)
  7. sos dan mayonis nak sedap lg beli cheezy (mcm wedges yg kt kfc tu..hehe)

Cara membuatnya

  • kupas kulit kentang dan potong mcm wedges yg biasa kita makan..jgn terlalu kecil dan kurus
  • rebus sampai masak (jgn terlalu masak..nanti cepat hancur). slalunya 15minit hingga 20minit je.. ikut kuantiti kentang.. kalo sikit kentang, 10minit pon dah masak..dah masak, toskan dan biarkan sejuk.
  • campur tepung gandum,serbuk kunyit, serbuk lada dan garam gula. gaul sebati
  • masukkan air..mengikut kuantiti tepung..jgn terlalu cair dan terlalu pekat.. asal lekat kt kentang je..
  • sama je mcm buat utk pisang goreng..
  • celupkan kentang dan goreng.
  • bila dan warna keemasan, angkat
  • sedia utk dimakan..
  • sedap dimakan time panas2.. dgn sos, mayonis dan cheezy
resepi diambil dri LUKISANDUNIAKU

Tempe Bercili


tempe....dlu aku mane pernah makan tempe ni...sbb kat umah xde pn mak masak...seingat aku, aku kenal tempe ni kat cni kot, UiTM..kat matrik????hmmmm.....

miss shishi yg suke makan tempe ni..so aku try2 la jgk..best gak kalau tempe tu digoreng dgn garing n dpotong kecik2...

Bahan 1 (digoreng sehingga garing)

3 keping tempe dihiris nipis

1 keping tauhu dihiris nipis

ikan bilis

Bahan 2 (dikisar)

3 ulas bawang putih

1 biji bawanng besar

10 tangkai cili kering


Cara-cara memasak

  1. Tumis bahan 2 yg dikisar sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan 1 yg digoreng
  3. Tambah garam/perasa secukupnya
  4. Sedia dihidang..yum..yum :)
resepi diambil dri LUKISANDUNIAKU

Friday, April 1, 2011

Mashed Potato

c&p from --> Mashed Potato


Bahan-bahan
At a glance
Western

Bahan A - Kentang Putar

4 biji (850 gm) kentang Russet - guna kentang biasa pun boleh
¼ cawan susu segar
60 gm mentega
Sedikit lada sulah, jika suka

Bahan B - Sos

20 gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
1-1.5 cawan air
1 kiub ayam/daging

Cara

Kentang Putar

  1. Bersihkan kentang dan rebus hingga empuk.
  2. Buang kulit dan lecek hingga halus ketika masih panas.
  3. Campurkan mentega dan susu, gaul sebati.


Sos

  1. Panaskan mentega, goreng tepung hingga perang/kecoklatan.
  2. Masukkan air dan kiub ayam/daging.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama kentang putar.

Terung Telur BEST

c&p from --> Terung Telur BEST

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 1 biji terung panjang
  • 1 biji telur ayam
  • garam dan lada sulah (secukup rasa)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. potong terung bulat2 (ikut keratan rentas)..ketebalan ikut citarasa masing2 lor.ketepikan dulu
  2. panaskan minyak di dalam kuali
  3. sementara menunggu minyak panas, pukul telur bersama garam dan lada sulah, pukul sket2 je, jgn kembang sgt kayh!
  4. celupkan terung ke dlm telur dan goreng (celup satu persatu seperti nak wat pisang goreng supaya salutan telur jd cantik)...angkat bila warna bertukar menjd keemasan
  5. Good Luck!

Makaroni Goreng Sweet & Sour


c&p from -->

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cwn makaroni - rebus dan toskan
  • 6 ulas bwg putih
  • 2 labu bwg besar
  • 3 sb sos cili perisa thai
  • 6 sb cili kering yg telah dikisar
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 3 btg sosej
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 3 helai daun salad
  • 1 sk gula, garam
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit Cheese diparut (kepada yg gemar)

Cara-cara

  1. Tumiskan bwg putih dan bwg merah yg telah dikiubkan kecil2.
  2. Bila bwg garing masukkan cili kisar serta sos cili thai.
  3. Masukkan udang, tambah sedikit air.
  4. Masukkan gula, garam serta perahkan limau nipis.
  5. Masukkan sosej yg dipotong bulat2, makaroni serta daun ketumbar yg dihiris halus.
  6. Akhirnya masukkan daun salad yg dipotong memanjang. Bila hidang taburkan dengan cheese.