Sunday, November 9, 2014

OPPO Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum....

Dah lama x menaip cerita di sini. Kali ni nak cerita ak first time pergi tengok bola dekat stadium gara2 abg ak nak sgt g tengok perlawanan akhir OPPO Piala Malaysia Pahang lawan JDT. Walaupun kami ni anak jati Terengganu tapi semangat #ThisIsPantaiTimur tu yang buat kami nak tengok bola kat stadium. Ehem2.. dan ak ni ada sebab tambahan lain... huhu...

Ak semangat nak tempah tiket online. Sebelum pukul 10 dah buka website tickethotline. Frust gila bile server diorg down. Bos ak pulak ajak g tengok karpet maklumla nak pindah ofis. Balik je dari sana terus sambung keje yang terbantut tadi. Ak dengan penuh kesabaran berjaya booking 4tiketx2=8 tiket, Alhamdulillah. 2 lagi tiket xsempat. Ak pun mengambil kesempatan suruh anak jati Pahang belikan 2 tiket untuk ak. Hari Rabu tu dia bangun pukul 5 sbb nak g beratur kat Stadium Darul Makmur tapi tiket dijual hari khamis. Maka, hari Khamis tu pun dia menunggu kat sana dari 3 pagi mungkin. xtido, balik dari beli tiket baru boleh tido.

Sekali booking boleh 4 tiket je...

Excited menunggu hari yang dinanti2. Bos pulak bagi cuti hari jumaat leh la g tebus tiket online. Abg ak, kakak ipar n 2 org anak saudara pun sampai petang jumaat tu. Excited suruh abg ak beli Jersi First ak, Pahang bukan Terengganu...hahaha...Penangan OPPO Piala Malaysia 2014. Kat stadium pulak nampak subway. Kakak ipar ak berhajat nak makan subway, so kami belilah. Ak pun xpernah mkn subway. Sedap memang sedap.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan, Sabtu 1 November 2014  Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014 Pahang lawan JDT. Kami bergerak selepas asar, hujan ketika itu, alhamdulillah dapat parking di tempat yang strategik walaupun double park. Siap tulis no telefon lagi. bukan 1 tapi semua.

Kami masuk ikut pintu biru rasenya.

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 5:58pm

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:10pm

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:41pm
Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:41pm

6:48pm: Pemain-pemain keluar untuk berselfie sesama pemain, melontar hadiah kepada penyokong2 di stadium dan membuat regangan serta memanaskan badan.

8:14pm : Penyokong2 JDT menurunkan kain rentang Gajah Tergelincir dan Harimau Mencakar


9:39pm : Waktu rehat selepas separuh masa pertama, Petugas2 sedang memulihkan keadaan padang
11:38pm : Keputusan seri 2-2, maka bermulalah penalti, ALHAMDULILLAH OPPO Piala Malaysia 2014 dimenangi oleh Pasukan Pahang Darul Makmur dengan Jaringan Penalti 5-3


No comments:

Post a Comment