Monday, November 17, 2014

Restaurant Murni Discovery for the First Time

Assalamualaikum...

Kali ni jalan-jalan cari makan bersama keluarga abg ipar di Restaurant Murni Discovery USJ Taipan. Alamat: 39-41, Ground Floor, Jalan USJ 9/5P, Subang Business Centre, Subang Jaya, 47620 Selangor, 47620
Diorang siap ada website sendiri, iaitu http://www.murnidiscovery.com . Ambik order guna tab tu. Maju do restaurant ni..hari minggu penuh kedai sampai buka meja lain kat depan. Siap letak screen lagi.

Ak order air "Don't Worry" - Medium - RM5.00
tapi yang popular kat situ Fruit Cocktail, ak rasala sbb adik abg ipar ak suggest yang tu, semua pakat order yang tu so ak nak kelainan ak order la yang lain.
Nama air Memorable Mocktail jiwang2 iaitu, I Love You, I Miss You, I Kiss You, Poison, Lavendar Special, Sweety Special, Fair Lady, Be Happy

Makan, ak order Lamb Chop - RM15.00
Murah la 15 ringgit 3 ketul. 

Secret Recipe for the First Time

Assalamualaikum...

Alkisahnya pada 12/11/2014 adalah birthday abg ipar ak n kakak ak nak belanja makan. Maka, destinasi yang terpilih adalah Secret Resipe di IOI Mall Puchong.

Kiri - Chocolate Banana - RM7.50
Kanan - Turkish Indulgence - RM10.00
Tengah - Blueberry Chesse - RM7.50


Kiri - Frosty Orange - RM7.50
Tengah - Apple Lemon Fizz - RM7.50
Kanan - Green Apple Kasturi - RM7.50


Japanese Soba - RM15.50
 Rasa Japanese Soba di tanpa sos dia amatlah tawar...bila gaul dengan sos barula ada rasa.. puas nak mkn ni sbb banyak sgt sayur..lenguh nak mengunyah.

Carbonara with Crispy Beef Strips - RM20.80
 Carbonara ni sedap juga la, rasa dia pekat dan creamy.
Prawn Macaroni with Cheese - RM17.50
Macaroni ni pun sedap bila mkn panas2, cendawan n prawn pun banyak.

Service Charges - RM10.13
Government Tax - RM6.08
Maka, jumlah mengisi perut 3 orang hari tersebut adalah RM117.50. Insyaallah lain kali boleh datang lagi kita try menu lain pulak...huhu..

Sunday, November 9, 2014

OPPO Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum....

Dah lama x menaip cerita di sini. Kali ni nak cerita ak first time pergi tengok bola dekat stadium gara2 abg ak nak sgt g tengok perlawanan akhir OPPO Piala Malaysia Pahang lawan JDT. Walaupun kami ni anak jati Terengganu tapi semangat #ThisIsPantaiTimur tu yang buat kami nak tengok bola kat stadium. Ehem2.. dan ak ni ada sebab tambahan lain... huhu...

Ak semangat nak tempah tiket online. Sebelum pukul 10 dah buka website tickethotline. Frust gila bile server diorg down. Bos ak pulak ajak g tengok karpet maklumla nak pindah ofis. Balik je dari sana terus sambung keje yang terbantut tadi. Ak dengan penuh kesabaran berjaya booking 4tiketx2=8 tiket, Alhamdulillah. 2 lagi tiket xsempat. Ak pun mengambil kesempatan suruh anak jati Pahang belikan 2 tiket untuk ak. Hari Rabu tu dia bangun pukul 5 sbb nak g beratur kat Stadium Darul Makmur tapi tiket dijual hari khamis. Maka, hari Khamis tu pun dia menunggu kat sana dari 3 pagi mungkin. xtido, balik dari beli tiket baru boleh tido.

Sekali booking boleh 4 tiket je...

Excited menunggu hari yang dinanti2. Bos pulak bagi cuti hari jumaat leh la g tebus tiket online. Abg ak, kakak ipar n 2 org anak saudara pun sampai petang jumaat tu. Excited suruh abg ak beli Jersi First ak, Pahang bukan Terengganu...hahaha...Penangan OPPO Piala Malaysia 2014. Kat stadium pulak nampak subway. Kakak ipar ak berhajat nak makan subway, so kami belilah. Ak pun xpernah mkn subway. Sedap memang sedap.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan, Sabtu 1 November 2014  Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014 Pahang lawan JDT. Kami bergerak selepas asar, hujan ketika itu, alhamdulillah dapat parking di tempat yang strategik walaupun double park. Siap tulis no telefon lagi. bukan 1 tapi semua.

Kami masuk ikut pintu biru rasenya.

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 5:58pm

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:10pm

Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:41pm
Keadaan di Stadium Bukit Jalil jam 6:41pm

6:48pm: Pemain-pemain keluar untuk berselfie sesama pemain, melontar hadiah kepada penyokong2 di stadium dan membuat regangan serta memanaskan badan.

8:14pm : Penyokong2 JDT menurunkan kain rentang Gajah Tergelincir dan Harimau Mencakar


9:39pm : Waktu rehat selepas separuh masa pertama, Petugas2 sedang memulihkan keadaan padang
11:38pm : Keputusan seri 2-2, maka bermulalah penalti, ALHAMDULILLAH OPPO Piala Malaysia 2014 dimenangi oleh Pasukan Pahang Darul Makmur dengan Jaringan Penalti 5-3


iklan

iklan