Monday, December 10, 2012

engagement

assalamualaikum semua...

aku nak bgtau korang ni... pada tanggal 8hb12 2012 telah berlangsung engagement seseorang... nak tau engagement sape.. aku la kot kan...he3..

so hari khamis tu aku balik kampung.. mcm biase menaiki van kunyit bukan ke bus stop.. tapi ke pong eng teng sebab aku nak buat sepek.. tapi jalan2 kat area mydin tu xde pun jumpe kedai sepek... so aku masuk kedai yg xperlu aku tinggalkan beg kat luar... sebab aku bawak laptop...

aku masuk pasaraya aneka tuk beli buttercup sebab kedai depan rumah aku tu xde jual buttercup..
misi dapur kali ni kite nak buat CREAM PUFF...

barang2 yg aku beli adelah
1. BUTTERCUP
2. TEPUNG GANDUM
3. YIS (untuk buat cakoi, misi ni x berjalan lagi..)
4. SUSU DUTCH LADY LOW FAT

ok...dah beli, bayar..
then jalan2 jumpe la kedai kek yg ade jual barang buat kek... aku nampak piping bag, ok set nak beli.. then cari bende muncung tu..cari xde, so tanye ade...pilih2.. aku beli muncung bunga kecik n besar.. dua2 harganye RM 4.50, so total RM9.00 campur piping bag kecik RM 0.20 , besar RM 0.30 = RM 9.50

....
sampai rumah makan..solat.. then terus buat something tuk engagement... sebelum magrib tu da siap tapi simple je... after dinner sambung balik touch up bagi warna-warni cikit... sampai la pukul 11 lebih kot.. 

tadaaaaaaaaaa...... da siap


my lovely anak saudara... afiQ mat nasir...he3.. rindu dia sgt... sebab dia banyak mulut... comel, cute... he3..

mat afiQ punya sepupu... comel kan..

oppssss.... aku ke yang bertunang ni... he3... nge3~




then....baru la misi dapur CREAM PUFF kite boleh dijalankan...

pukul 1 lebih baru aku boleh tido but CREAM PUFF tu xsiap lagi.. esok pagi2 aku sambung buat cream nya pulak... tapi xsempat jugak nak isi semua coz kena teman mak g pasar beli barang2 tuk masak hari engagement tu nanti...

balik tu sambung la isi semua CREAM PUFF dgn cream...

yg xbest nya... xtau la rase mcm mane cream puff tu sebab aku xde feel pun nak rase bile nak siap tu..huhuhu..

mulanye mcm xluak...tapi kosong jugak bekas yg aku isi cream puff tu...harap2 org makan la he3..

sekian... xde cite engagement pun..kih3..


Saturday, November 24, 2012

the real me

Assalamualaikum semua....

huhu...entri kali ni nak menyatakan niat..untuk memunculkan diri ini
bermaksud menonjolkan wajah yg comel kurniaan ALLAH S.W.T ini...huhu..poyo je...

sebelum menonjolkan wajah tu kat sini, jom tengok kat blog kawan aku ni dulu...huhu..
klik di sini 

korang rase2 yg mane aku..kih3..

blogger silibus kehidupan ni aku kenal kat matrik, fazilah di kwn kepada eroh...
kagum wo bila search nama dia kat google...pelari yg aktif tu...da beberapa kali dapat johan...
alkisah google nama dia sebab nak cari blog dia...sebab odw balik dari perak tu..ade dengan fazilah borak2 dgn eroh pasal blog n her passion lari2 ni...huhu..

sekian tuk kali ini..

Tuesday, November 20, 2012

dia yg aku suka (2)

alkisah nya...aku mimpi dia semalam...ha3..sedar2 dah pukul 2 lebih...tengah2 pagi buta tu boleh aku senyum sorang2...he3..

mimpi naik motor dgn dia...lepas tu dia col dia ckp dia rindu kat aku kot..xingat dah mimpi tu...huhu...

why mimpi naik motor??because dia ade motor besar....huhuhu...xlah besar mane pun..

bgun pagi tu pun boleh senyum2 lagi teringat mimpi tu...kalau lah dia pun suka aku...confirm aku tggl oppa..ha3....

kalau lah...


Sunday, November 18, 2012

1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE


jom join first giveaway from GIRL ON THE SLOPE cara2 nya...klik di sini

Tuesday, October 30, 2012

Hukum Pasang LAGU Majlis Kenduri KAHWIN


insyaallah...awal2 da plan ni..he3...
  1. nak pasang lagu nasyid
  2. lagu penyanyi lelaki sahaja
  3. hormat azan


Monday, October 29, 2012

"1st Giveaway by Makcik Superman"


saya da join "1st Giveaway by Makcik Superman"...anda bile lagi............

sape2 yang nak join tu boleh klik di sini untuk cara2nya...jom ramai2 kite memeriahkan suasana hari raya...he3..

Tuesday, October 16, 2012

Salahuddin Al-Ayubi??

"AL-AYYUBI dalam bayanganku"


Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

hurm..

Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....

""""Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"""


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?


Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....

Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". beliau
kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.


Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara  rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.


" Kami orang Islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..

Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" 
(Al-Hasyr: 22)



Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"



Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:

"Sekarang aku datang semula ke sini."



Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"



Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam


Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~

aku tidak gemar membaca...

aku tidak gemar membaca....namun hari ini aku berjaya mengabiskan bacaan bertajuk
 "SOLAT TAHAJUD DAN KELEBIHANNYA"

alhamdulillah.....smoga dengan bacaan itu..aku akan lebih kuat untuk bangun menunaikan nya...

Monday, October 15, 2012

new things

ade sape2 nak suh saya buat???...percuma je p anda perlu buat something yg senang je tuk saya...huhu..



dulu lain sekarang lain

kalau dulu aku pernah dapat markah paling tinggi dalam kelas...tapi sekarang mungkin gaji aku bukan yg paling tinggi..entah bila aku akan menjadi insan yg lebih berguna...aku hanya boleh terus berharap..allah tau yg terbaik utk hamba nya..

Thursday, October 4, 2012

rempah 4 beradik

assalamualaikum semua...

korang tau x rempah 4 beradik tu ape?

bgi yang xtau, meh aku nak story ckit...
rempah 4 beradik ini terdiri daripada 4 rempah, iaitu

  1. bunga lawang
  2. bunga cengkih
  3. buah pelaga
  4. dan kulit kayu manis....
dulu2 aku selalu confius antara bunga cengkih dgn bunga lawang..
tapi sekarang insyaallah xdah...sebab dah boleh beza...huhu..

meh tgk gmbr dia..

bunga cengkih

bunga lawang

kulit kayu manis

buah pelaga



wanita solehah

assalamualaikum semua....
alhamdulillah...ade kawan yang sudi mengajak saya untuk berhijrah...gmbr2 kat bawah ni dia yang ditag aku kat fb....










Wednesday, October 3, 2012

ke mana aku selepas ini?

ke mana aku selepas ini???
hanya ALLAH SWT YG MAHA MENGETAHUI....
aku dah agar bosan di sini...
tapi aku tidak berani utk meninggalkan keje sekarang...

untuk apply keje2 bidang komputer sains...aku merasa kan aku tidak mampu...
di sini pun aku hanya menurut perintah...tiada idea yang di keluarkan...

walaupun aku xkisah aku keje ape sekali pun...tapi orang sekeliling aku, keluarga aku...
gaji jgn ckp la...sedangkan aku layak untuk merasa gaji yg lebih besar dengan kelulusan aku...
tapi...hanya ALLAH yg TAHU...kelemahan aku...

yang ALLAH bantu la aku memperbaiki diri ini...

Sunday, September 30, 2012

oh lipan...

astaghfirullahaladzim....itulah yg mampu terucap di hati....

ketika mop direndam dalam mandi...maka terkeluar lah seekor makhluk allah swt ni...dulu2 biase keluar pun yang anak2 je..sekali hari ni keluar mak ayah diorang...

nasib la dalam air dah..boleh la lipan tu mati lemas...aku pergi amik pisau...kita kasi potong sama dia..then aku flush kan dlam toilet...huhu..

arap2 xjumpa dah lepas ni...lemah jantung aku...n arap2 lipan2 semua x tinggal dah kat rumah kitorang...

sekian..cerita kali ni..

Tuesday, September 25, 2012

Muka buku niaga

Assalamualaikum semua...

entri kali ni saya nak memperkenalkan side income saya yg ke-2 iaitu page fb, Muka buku niaga

saya merupakan agen dropship kepada:
shawlforyou
Ainaz shoppe
az beauty solution

so, sudi2 kan lah menjenguk page saya Muka buku niaga n bantu saya menambah side income..he3...
^_^v

Sunday, September 23, 2012

segmen Saya nak hadiah Misteri dari si Pipi Merah

kerana saya nak hadiah tu...he3...

harap2 sy dapat la ye hadiah misteri tu...huhu...amiiin...

jom2 join sekali di sini --> ohgadisitu

Friday, September 21, 2012

online sambil buat duit (2)

Assalamualaikum semua....entri ni sambungan dari entri sebelum ni...
yang ni SAYS akaun saya...yang entri sebelum ni saya buat untuk akaun SAYS adik saya
saya dapat RM5 sebab akaun adik saya tu sign up menggunakan link yang akaun saya invite...

online sambil buat duit

assalamualaikum semua....

nak tau cara buat duit sambil online...meh saya bgtau...

first thing first

1- kita perlukan anda mempunyai email dan facebook atau pun laman sosial lain yang sah.
2- then klik ni --> SAYS 
3- sesetengah akan dapat mcm kat gmbar bawah ni...tapi just klik continue if anda tidak ragu2...
4- akan dapat mcm kat bawah ni, then klik Sign up


isi semua form yg telah disediakan dan klik button Create my account


then dapat seperti gambar di bawah, sign in ke email anda dan cek if ade email from SAYS..


if ade klik email tersebut dan klik link yg diberikan 

akan dapat seperti gambar di bawah...so silalah update profile anda dgn mengklik button Update profile.

setelah siap di isi..klik button Save my preferences

anda akan dapat seperti di bawah if ur profile successfully update

then jom kite klik dashboard...tadaa....anda akan dapat bonus RM5 seperti di bawah..

so boleh la start dengan mengklik special dan share iklan2 yg ada..




Wednesday, September 19, 2012

kereta oh kereta...


  1. (kereta viva manual yg lain aku xtau la) kalau panaskan enjin akan ada lampu biru menyala kat depan stereng tu lepas enjin dah panas lampu biru akan terpadam...menandakan enjin da panas.
  2. kereta auto sahaja yg boleh auto control cermin sisi. kereta manual sila gunakan tangan ye..


Tuesday, September 18, 2012

talapia ke tilapia?

assalamualaikum semua....

smlm balik dari keje ade xcident...aku nmpk 2 buah kereta je yg teruk...tapi sebenarnya 4 buah kete k.ina ckppp...kancil, satria, wira n wira...

tapi entri ni nak cite pasal kitorg mkn menu baru kat rumah sewa smlm...nak tau apa dia... IKAN TALAPIA MASAK STIM by Miss P..huhu..


balik2 je dari dating OPPSSS....terus miss P masak...sebab miss p yg bawak ikan tu dari kampung...

nak tengok rupa dia??meh2...



nak resepi nye??he3...xtau la xtgk pulak miss p masak...he3 p lau agak2 boleh la..

mula2 tumis halia, bawang merah, kacang soya masam aka taucu, cili dgn minyak bijan....sementara tu ikan talapia distimkan...taruk garam n siram yg ditumis tadi ke ikan...tggu sampai masak...

best2...lembut je isi ikan...

sekian...jumpa lagi...wasalam

Sunday, September 16, 2012

aKu suKa DiA

Ya ALLAH....rindu nya aku kat dia lepas jupe buat kali ke-2 nya after 1 years, 7 months n 1 day kitorg kapel...
Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah plan kami tuk berjupe tercapai...walaupun mase plan sekejap2 jadi xjadi gaduh2 pulak...
start 8 lebih2 aku ditemani adik aku yg darjah 4 da kuar rumah nak tggu van g kemaman..then kitorg g kuantan naik bas MIRA gerak dlm kul 9.30 lebih...

ramai budak2 turun kat MEGAMALL KUANTAN...hati terdetik nak turun kat situ jela..p otak da set n plan memang nak turun kat stesen bas..so xturun la kat situ g pun adik aku tgah tdo..sampai2 je cari toilet then g cari makanan...g pun oppa lambat g sampai coz ade keje ckit...

after makan xtau g mane...so aku n adik aku berjalan g MEGAMALL KUANTAN...sampai je tujuan utama nya nak g cucuk duit...pusing2, jumpa la atm MAYBANK... teringat tempat2 yg pernah pergi mase menuntut kat matrik gambang dulu...

lepas da cucuk duit jalan2 nk tggu oppa sampai..

kitorg g MCD mase tgh tggu nak amik oreo MCFLURRY ternampak la sepupu aku pun dating kat situ..huhu..

pastu g TAMAN TERUTUM bawak budak kecik g tgk HAIWAN2...

lam kul 3 gerak balik KIJAL...oppa hantar...TERIMA KASIH 'AWAK'...
Daisypath Anniversary tickers

YA ALLAH... semoga aku jaga batas2 pergaulan hubungan ini walaupun aku tau tercalar cikit..tapi berharap ENGKAU masih REDHA akan hubungan ini... Andai dia bukan untuk ku kau jauhkanlah hati kami, andai dia untuk ku kau dekatkan lah hati kami dan percepatkanlah rezeki kami untuk bersatu.... amiiin...


Monday, September 10, 2012

Dialog Rasulullah SAW dengan Raja Iblis

Smoga cinta aku kepada allah dan rasulullah saw bertambah setiap hari...amiiin...

Pertanyaan Nabi (13):

“Apakah rahasia engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis: “Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”

Pertanyaan Nabi (14):

“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”

Jawab Iblis: “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”

Pertanyaan Nabi (16):

“Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?”

Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Pertanyaan Nabi (17):

“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”

Jawab Iblis: “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya terjaga di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba jadikan dia terlena hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu lohor, ashar, maghrib dan isya, hamba beratkan hatinya untuk solat.”


“Ya allah, lindungilah hamba dari godaan syitan dan iblis yang terkutuk. Janganlah engkau jadikan hati hamba condong kepada kesesatan sesudah engkau memberi petunjuk kepada hamba dan karuniakanlah hamba rahmat dari sisi Mu, karena sesungguhnya engkau lah maha pemberi karunia. Dan berilah hamba kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah hamba dari siksa neraka, Amin ya rabbal alamin...”

copy PASTE

Sunday, September 9, 2012

moga tercapai niat ini...

Assalamualaikum semua...terima kasih sudi membaca (walaupun saya tau xde yg membaca..sob3)

lagi 3 bulan lebih nak masuk tahun baru...tapi aku dah siap2 pasang azam tahun baru ni..huhuhu...ce teka ce teka...

harap2 azam aku ni dipermudahkan...amiiin....

iaitu memiliki sebuah kereta kepunyaan ku.....

tujuan nya pertama, agar aku senang bergerak ke destinasi tanpa menyusahkan org di sekeliling ku...
kedua, bawak family g jalan2...nak2 mak aku tu...shopping barang dapur..huhu..
ketiga, g majlis kawan2 aku....

hmm..sekarang ni tiap2 ari tggu akhir bulan or awal bulan tggu gaji nak masuk dapat la simpan2 ckit2 tuk duit muka...


dah sekian...xsabar ni...

Friday, September 7, 2012

kurma mengalahkan pisang

assalamualaikum semua....

al-kisah nya entri ini...saya tgk ulangan RM1,000,000 Money Drop tadi...peserta nya suami isteri berbangsa india...soalan ketiga yg jumlah wang nya masih lagi 1 juta...

soalannya berbunyi lebih kurang begini...antara buah berikut yang manakah mengandungi lebih banyak kalori dalam setiap 100 gram?? pilihan jawapan nya adalah avocado, stawberi, pisang, dan buah kurma ..dalam hati saya jawab kurma

tapi isteri pasangan ni confident jawab pisang dan melaburkan kesemua 1 juta kat pisang... tula saya pikir diorang bangsa india macam mane la nak tau khasiat kurma ni..ini tidak adil tidak adil baginya...he3...ape pulak adil la pengetahuan kan...huhuhu..

but saya pun xsuka mkn kurma...satu sebab dia manis...saya xsuka bende manis...huhuhu..saya kena cari jenis kurma yg sesuai dgn citarasa saya ni...hmmm...

berikut antara entri yg menceritakan khasiat buah kurma...

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/25/tahukah-anda-rahsia-di-sebalik-kelazatan-buah-kurma/
http://sususejat.com/manisnya-kurma-ini/
http://shah-yuni.blogspot.com/2012/07/7-khasiat-kurma-yang-mungkin-anda-tidak.html

wasalam...bukan rajin sgt saya ni...sebab tu xnak amik master p doa2kan lah ye..lembut hati dan sambung...wawaw...

Tuesday, August 28, 2012

payung masjid nabawi

assalamualaikum semua.....bosannye saya...xtau nak buat ape...bos xdtg lagi...hmmm...
so kite wat la entri ni...semalam hujan n tiba2 k.emy mengeluarkan soalan kalau kat kaabah hujan mcm mane ek? xingat sape yg ckp ade bumbung automatik akan tertutup bila hujan.. k.ct ckp tu masjid nabawi ade payung automatik kat luar masjid.so jom kite google



menurut blogger jebat, payung ni akan ditutup bila malam menjelma 


video di bawah ni menunjukkan saat payung dibuka dan ditutup

video di bawah ni pulak menunjukkan bagaimana payung tu dicuci....

video kubah masjid nabawi dibuka



sebaliknya di mekah kaabah tidak ditutup bumbung apabila hujan






video hujan di kaabah

credit gambar to blogger jebat
credit gambar to anuarmustaffa